• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2025: Marquez Raih Kemenangan Ketujuh Berturut-Turut di GP Hungary

#MotoGP2025: Marquez Raih Kemenangan Ketujuh Berturut-Turut di GP Hungary

August 25, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025

PELUMBA Ducati Lenovo Team, Marc Marquez membuktikan kehebatan apabila meraih kemenangan ketujuh berturut-turut dalam aksi Grand Prix (GP) Hungary 2025.

Kemenangan itu hadir selepas beliau turut menjuarai aksi Sprint Sabtu lalu, sekali gus melengkapkan satu lagi ‘double win’ sensasi.

Aksi Perlumbaan

Marco Bezzechi di GP Hungary 2025
Marco Bezzechi
Franco Morbidelli
Franco Morbidelli

Marquez bermula dari petak pertama, tetapi berdepan detik sukar di pusingan awal selepas dipintas Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) dan Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing). Malah, beliau sempat melakukan kesilapan kecil ketika cuba memintas Bezzecchi di Turn 2, tetapi berjaya mengawal keadaan sebelum bangkit semula.

Tidak lama kemudian, Marquez menemui rentak dan memimpin perlumbaan hingga garisan penamat, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kejuaraan dunia.

Isu Teknikal Di Giannantonio

Fabio di Giannanantonio
Fabio di Giannanantonio

Drama bermula sebelum perlumbaan apabila pelumba Pertamina Enduro VR46 Racing, Fabio Di Giannantonio berdepan masalah teknikal pada jentera Ducati GP25 ketika aksi pemanas.

Walaupun cuba dibaiki, tetapi terpaksa menukar jentera dan memulakan perlumbaan dari laluan pit, sekali gus menamatkan peluang bersaing di kelompok depan.

Kedudukan Kejuaraan

Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025

Dengan kemenangan tersebut, Marquez kini menguasai carta kejuaraan dengan kelebihan 175 mata berbanding adiknya, Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP), yang hanya mengutip dua mata di Hungary. Sementara itu, juara bertahan Jorge Martin (Aprilia Racing) menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Kemenangan bergaya Marquez di Hungary membuktikan dominasi pelumba Sepanyol itu sepanjang musim MotoGP 2025, dan dengan baki perlumbaan, gelaran juara dunia kini semakin hampir dalam genggaman.

Keputusan Akhir Hungarian Grand Prix

Podium MotoGP Hungary 2025

  1. Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) 0:42:37.681
  2. Pedro Acosta (Red Bull KTM Racing) 0:42:41.995 (+4.314)
  3. Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) 0:42:45.169 (+7.488)
  4. Jorge Martin (Aprilia Racing) 0:42:48.750 (+11.069)
  5. Luca Marini (Honda HRC Castrol) 0:42:49.585 (+11.904)

SUMBER: Motorsport.com

Franco Morbidelli
Franco Morbidelli
Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025
Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025
Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025
Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025
Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025
Marc Marquez menang MotoGP Hungary 2025
Marco Bezzecchi
MotoGP Hungary 2025
pedro-acosta-red-bull-ktm-fact-2
Pedro Acosta
Pedro Acosta
podium-gp-hungary-2025
Logo MotoGP

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Aprilia Racing, Ducati Lenovo Team, GP Hungary 2025, Marc Marquez, MotoGP 2025, MotoGP Hungary 2025, RedBull KTM Factory Racing

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev