• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #BikinAuto: Wakil Brazil, Pasukan Gaijin dari Shibuya Garage Menang Triumph Originals 2025!

#BikinAuto: Wakil Brazil, Pasukan Gaijin dari Shibuya Garage Menang Triumph Originals 2025!

August 24, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Pasukan Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) memang pertandingan Triumph Originals 2025

TRIUMPH Motorcycles mengumumkan pasukan Brazil sebagai pemenang pertandingan Triumph Originals 2025, iaitu acara kustom antarabangsa untuk siri motosikal Triumph Bonneville.

Kemenangan itu diraih jentera dinamakan Gaijin, iaitu café racer yang dibina berasaskan model Triumph Speed Twin 1200.

Pasukan Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) memang pertandingan Triumph Originals 2025
Pasukan Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) memang pertandingan Triumph Originals 2025

Motosikal Gaijin, hasil karya Teydi Deguchi dari Shibuya Garage di São Paulo, memukau juri dan orang awam dengan rekabentuk unik dan binaan teliti.

Ciri istimewa pada motosikal itu adalah seperti rekabentuk lekukan (scallop) yang halus pada badan, garisan tajam pada tangki dan bahagian belakang yang diubah suai untuk memberikan ilusi kelajuan.

Pasukan Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) memang pertandingan Triumph Originals 2025
Pasukan Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) memang pertandingan Triumph Originals 2025

Anugerah Mark of Excellence

Selain memenangi tempat pertama, Brazil turut menerima anugerah Mark of Excellence untuk kategori Ketukangan (Craftsmanship). Anugerah itu disampaikan juri pakar dari Jepun, yang juga pengasas Heiwa Motorcycle, Kengo Kimura.

Pasukan Britain pula menerima anugerah Mark of Excellence untuk Keaslian British (British Originality), yang dinilai Pengasas Coolnvintage dari Portugal, Ricardo Pessoa.

The Bonneville Sunraiser - Triumph Originals
The Bonneville Sunraiser - Triumph Originals

Jentera diberi nama The Bonneville Sunraiser itu dibina Stockwell Design di Triumph London.

Jentera tersebut menggunakan platform T100 yang menampilkan kemasan aluminium gilap, keluli tahan karat, dan skema warna cerah, diilhamkan dari era rock 'n' roll British 60-an.

Anugerah Mark of Excellence untuk Gaya (Style) diberikan kepada pasukan Itali, yang dinilai pengasas Tamarit Motorcycles dari Sepanyol, Quique Berna.

Giuseppe Carucci (South Garage Motor Co) - Triumph Originals
Giuseppe Carucci (South Garage Motor Co) - Triumph Originals

Motosikal kustom Itali itu direka pengasas South Garage Motor Co di Milan, Giuseppe Carucci.

Dibina berasaskan model Triumph Bonneville Bobber, Carucci membikin semula casis dengan menggunakan teknik kejuruteraan jitu untuk menghasilkan komponen kustom seperti fork depan khas, dengan mengambil ilham model Triumph Speed Twins era 1930-an dan 40-an.

Lapan Pasukan Bertanding, Lima Terpilih

Logo Triumph Originals

Sebanyak lapan pasukan dari seluruh dunia menyertai pertandingan tersebut yang mana setiap negara bekerjasama dengan pereka kustom tempatan untuk menghasilkan rekabentuk rumit.

Selepas saringan panel juri, hanya lima jentera terpilih, iaitu dari Brazil, Perancis, Itali, Thailand, dan Britain yang mara ke peringkat akhir, manakala pemenang keseluruhan ditentukan melalui undian awam.

Pasukan juri pertandingan terdiri daripada Quique Berna, Ricardo Pessoa, Kengo Kimura, dan Ketua Pegawai Produk di Triumph Motorcycles, Steve Sargent.

Setiap juri bertanggungjawab menilai aspek berbeza, iaitu Gaya Ikonik, Keaslian British, dan Ketukangan, termasuk Kreativiti dan Inovasi.

Gaijin - Shibuya Garage (Brazil)
Pasukan Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) memang pertandingan Triumph Originals 2025
Pasukan Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) memang pertandingan Triumph Originals 2025
Pasukan Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) memang pertandingan Triumph Originals 2025
Pasukan Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) memang pertandingan Triumph Originals 2025
Pasukan Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) memang pertandingan Triumph Originals 2025
Pasukan Gaijin - Shibuya Garage (Brazil) memang pertandingan Triumph Originals 2025
The Bonneville Sunraiser - Stockwell Design (UK)
The Bonneville Sunraiser - Triumph Originals
The Bonneville Sunraiser - Triumph Originals
Giuseppe Carucci - South Garage Motor Co (Itali)
Giuseppe Carucci (South Garage Motor Co) - Triumph Originals
Giuseppe Carucci (South Garage Motor Co) - Triumph Originals

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Bikin Kereta, Roda2 Tagged With: Bikin Auto, bikin motor, Gaijin Shibuya Garage, roda2, Shibuya Garage, Triumph Bonneville, Triumph Motorcycles, Triumph Originals, Triumph Originals 2025, Triumph Speed Twin 1200

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev