• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k

Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k

August 23, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Honda GB350 C 2026 di Jepun

HONDA secara rasmi melancarkan motosikal jalanan gaya klasik, Honda GB350 C 2026 untuk pasaran Jepun pada harga 715,000 yen (RM20,580).

Sebagai makluman, Honda GB350 C 2026 adalah antara model dalam trio GB350 yang turut terdiri daripada GB350 S atau dikenali sebagai GB350 RS di pasaran tempatan.

Honda GB350 C 2026 di Jepun
Honda GB350 C 2026 di Jepun

Model 2026 hadir dalam variasi warna baharu dan beberapa penambahbaikan spesifikasi yang dijadualkan berada di pasaran Jepun bermula 31 Oktober 2025.

Honda GB350 C 2026 kini ditawarkan dalam dua warna baharu: Matte Sandstorm Beige (kuning cair) yang memberikan kesan lembut dan mewah, serta Matte Bullet Silver (perak) yang memancarkan aura berkuasa dan elegan. Selain itu, jarak suluhan lampu depan diubah suai bagi meningkatkan penglihatan pada waktu malam.

Spesifikasi dan Ciri Utama

Honda GB350 C 2026 di Jepun

Trenkuasa

  • Dikuasakan enjin 4-lejang NC59E silinder tunggal 348cc OHC penyejukan udara dengan sistem suntikan bahan api elektronik PGM-FI
  • Menghasilkan output kuasa 120ps @ 5,500rpm dan tork 29Nm @ 3,000rpm
  • Mempunyai pengimbang koaksial syaf  (shaft coaxial balancer) utama untuk mengurangkan getaran, dan paip ekzos ditala untuk bunyi gabungan nada rendah dan tinggi

Posisi Tunggang

  • Kedudukan hendal dekat membolehkan posisi menunggang tegak dan santai
  • Tinggi pelana 800mm, posisi peg kaki, dan jarak roda direka untuk keselesaan dan kestabilan

Casis dan Brek

Honda GB350 C 2026 di Jepun

  • Frem direka untuk keseimbangan kelenturan dan ketegaran bagi memastikan tunggangan selesa
  • Pusat graviti (CoG) rendah memberikan pengendalian lebih stabil dan responsif
  • Brek cakera hidraulik saiz besar di depan dan belakang serta dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dengan tetapan khas GB350 untuk meningkatkan keselamatan

Perincian dan Kelengkapan

  • Lampu depan LED bulat dengan jarak suluhan lebih lebar.
  • Kemasan krom pada penutup lampu depan dan frem meter.
  • Lencana 3D pada penutup sisi.
  • Huruf klasik pada jarum meter.
  • Klac antigelincir Assist & Slipper Clutch (ASC)
  • Kawalan traksi Honda Selectable Torque Control (HSTC) untuk mengawal daya tarikan roda belakang.
  • Signal Henti Kecemasan (ESS) yang mengaktifkan lampu kecemasan apabila membrek mengejut.
  • Pedal gear yang boleh dikendalikan menggunakan tumit untuk mengelakkan kerosakan kasut.

Data Teknikal

Honda GB350 C 2026 di Jepun

  • Nama: Honda GB350 C
  • Dimens: Panjang 2,205mm, lebar 790mm dan tinggi 1,105mm
  • Jarak roda: 1,440mm
  • Berat: 186kg
  • Kapasiti penumpang: 2 orang
  • Tinggi pelana: 800mm
  • Kapasiti tangki petrol: 15 liter
  • Radius pusingan minimum: 2.3 meter
  • Pilihan warna: Matte Sandstorm Beige (kuning cair) dan Matte Bullet Silver (perak)

Harga dan Jualan

Honda merancang menjual 2,000 unit Honda GB350 C setahun di pasaran domestik Jepun pada harga 715,000 yen (RM20,580) termasuk 10 peratus cukai penggunaan. Harga tidak termasuk cukai, insurans, dan yuran pendaftaran.

Honda GB350 C 2026 di Jepun
Honda GB350 C 2026 di Jepun
Honda GB350 C 2026 di Jepun
Honda GB350 C 2026 di Jepun
Honda GB350 C 2026 di Jepun
Honda GB350 C 2026 di Jepun
Honda GB350 C 2026 di Jepun
Honda GB350 C 2026 di Jepun
Honda GB350 C 2026 di Jepun
Honda GB350 C 2026 di Jepun

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Honda, Honda GB350, Honda GB350 C, Honda GB350 C 2026, roadster, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my