• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Fattah, Janna antara Selebriti Dapat Lesen Lumba, Siap Berentap dalam Vios Challenge

Fattah, Janna antara Selebriti Dapat Lesen Lumba, Siap Berentap dalam Vios Challenge

July 19, 2017 By Han Othman 1 Comment

557
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELEBRITI tanah air antara 24 pemandu yang berjaya menamatkan kelas perlumbaan di Sekolah Perlumbaan Vios Challenge yang melayakkan mereka menerima sijil Toyota Racing Development (TRD). Lebih menarik, semua peserta akan tampil berentap dalam perlumbaan sulung Vios Challenge pada 12 dan 13 Ogos ini.

Dalam kursus itu, peserta diajar perkara asas seperti protokol keselamatan dan perlumbaan, teknik betul mengendalikan kenderaan serta cara terbaik mengekalkan garisan lumba. Ini termasuk pengetahuan yang diperlukan supaya setiap peserta dapat berlumba dengan selamat pada perlumbaan sebenar di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, bulan hadapan.

FATTAH, JANNA ANTARA SELEBRITI DAPAT SIJIL

Antara selebriti yang juga peserta yang menamatkan pengajian dan menerima sijil ialah pelakon, Fattah Amin, Diana Danielle, Shukri Yahaya dan Janna Nick, penyanyi Geraldine Gan dan Danny Koo, penulis blog, Venice Min serta beatboxer Shawn Lee.

Turut menerima sijil sama ialah Timbalan Pengerusi UMW Toyota Motor, Akio Takeyama yang akan menyertai kumpulan selebriti dalam Kategori Promosi ketika perlumbaan Vios Chellenge nanti.

Bercakap pada majlis pentauliahan itu, Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran Kurusamy percaya sukan permotoran adalah satu cara berkesanmembangunkan bakat seseorang individu dan keupayaan jentera.

Mencapai kejayaan dalam litar perlumbaan adalah tentang mengetahui batas antara individu dan jentera.

"Dengan melengkapkan semua pemandu dengan skil berlumba, kami harap mereka dapat memanfaatkan kelebihan dan potensi sebenar kereta lumba Toyota Vios dengan selamat dan bertanggungjawab."

- RAVINDRAN KURUSAMY, Presiden UMW Toyota Motor

Vios Challenge akan dibahagikan kepada tiga kelas perlumbaan supaya perlumbaan lebih adil dan selamat kepada semua pemandu, selain memberikan pengalaman menonton yang lebih mengujakan.

Seramai 10 pelumba akan bersaing dalam kategori Super Sporting, manakala 17 pelumba lagi bersaing dalam kategori Sporting. Baki 10 orang pelumba lain akan menyertai kategori Promosi. Setiap kategori mempunyai dua pusingan, dan mata diberikan kepada pelumba kedudukan tertinggi bagi setiap pusingan.

SEPERTI LITAR SEBENAR

Sesi pembelajaran diadakan di Litar Antarabangsa Sepang

Trek mengikut arah pusingan jam sepanjang 1.65km di Stadium Batu Kawan adalah litar rekaan khas yang berkonsepkan stereng lumba. Ada sembilan selekoh perlu ditempuhi pelumba, termasuk laluan lurus sepanjang 156m.

Perlumbaan Vios Challenge ialah acara utama pada Festival Toyota GAZOO Racing (TGR) yang dijadualkan bermula 12 dan 13 Ogos nanti di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang. Festival tersebut dibuka percuma kepada umum dengan menampilkan aneka acara dan aktiviti menyeronokkan seperti pertunjukan drift, persembahan selebriti, trak makanan, sesi pandu uji dan penampilan istimewa model Toyota terbaharu akan datang, C-HR.

Perkembangan dan maklumat terkini berhubung Vios Challenge boleh diketahui dengan melayari laman web Toyota GAZOO Racing Malaysia atau 'Like' laman Facebook disediakan.

Orang ramai juga boleh menyemak dan mengetahui promosi terkini semua model Toyota di bilik pameran berdekatan seluruh negara. Toyota sejak Julai lalu melancarkan promosi 'Beli & Menang' yang menawarkan pemenang bertuah peluang memenangi percutian ke Pameran Motor Tokyo.

GALERI

Related

557
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Ravindran Kurusamy, Toyota, Toyota Gazoo Racing (TGR), Toyota Racing Development (TRD), Toyota Vios Challenge, UMW Toyota Motor

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet

Pandu Uji

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my