POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengumumkan beberapa laluan utama di Putrajaya akan ditutup secara berperingkat bagi memberi laluan kepada acara raptai serta sambutan Hari Kebangsaan 2025.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, sebanyak 14 jalan di pusat pentadbiran kerajaan akan ditutup dari 26 hingga 29 Ogos, bermula jam 6 pagi hingga 12 tengah hari. Antara laluan terlibat ialah:
- Lebuh Wawasan/Persiaran Perdana
- Jalan Tun Razak/Lebuh Bestari
- Jalan Tun Razak/Jalan P2K
- Jalan Tun Razak/Jalan Pembangunan
- Jalan Tun Razak/Jalan P3C
- Jalan Tun Razak/Jalan P3F
- Jalan Tun Razak/Jalan Kemerdekaan
- Lebuh Setia/Jalan Perpaduan
- Lebuh Saujana/Persiaran Perdana
- Lebuh Setia/Jalan Tun Hussein
- Jalan Kemerdekaan/Jalan Tun Hussein
- Jalan Pembangunan/Jalan Tun Hussein
- Lebuh Bestari/Jalan Tun Hussein
- Dataran Putra/Persiaran Perdana
Selain itu, mulai 29 Ogos jam 10 malam, semua laluan menuju ke Putrajaya Core Island turut akan ditutup sepenuhnya.
Penutupan Penuh pada 31 Ogos
Bagi acara kemuncak pada 31 Ogos, beberapa jalan tambahan akan ditutup sepenuhnya, termasuklah:
- Lingkaran Putrajaya/Jambatan Saujana
- Lebuh Sentosa/Lebuh Wawasan
- Persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan/Jambatan Wawasan
- Susur keluar Lebuh Sentosa/Lebuh Wawasan
- Persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan/Jalan P8H
- Bulatan Salahuddin/Dataran Perdana
- Persimpangan lampu isyarat Lebuh Bestari/Jalan Tun Hussein
- Persimpangan lampu isyarat Jalan Pembangunan/Jalan Tun Hussein
- Persimpangan lampu isyarat Jalan Kemerdekaan P18/Jalan Tun Hussein
- Persimpangan lampu isyarat Lebuh Setia/Jalan Tun Hussein
- Persimpangan lampu isyarat Lebuh Saujana/Jalan Tun Hussein
- Persimpangan lampu isyarat Lingkaran Gemilang Satu/Persiaran Perdana
- Persimpangan lampu isyarat Lebuh Gemilang/Persiaran Perdana–Jambatan Gemilang
- Lebuh Sentosa/Jambatan Saujana
Polis & Kemudahan Awam
Seramai 2,708 anggota polis akan ditugaskan bagi mengawal keselamatan sepanjang acara sambutan, yang dijangka menarik lebih 100,000 pengunjung.
Orang ramai yang merancang hadir ke sambutan Hari Kebangsaan disarankan untuk merancang perjalanan lebih awalserta menggunakan kemudahan bas ulang-alik (shuttle bus) yang akan disediakan.
SUMBER: Free Malaysia Today (FMT)
Leave a Reply