OMODA | JAECOO Malaysia terus mengorak langkah dalam memperkenalkan kenderaan tenaga baharu dan model baharu menerusi Karnival Omoda | Jaecoo di Desa ParkCity.
Antara tarikan utama adalah pratonton rasmi Jaecoo J5 yang merupakan SUV crossover kompak segmen-B dan digelar sebagai 'Bintang Handalan Kegunaan Harian'.
Rekaan Luaran Sporty dan Dimensi Teguh
Jaecoo J5 menampilkan gabungan gaya moden dan praktikaliti untuk kegunaan harian. Darisegi dimensi, model ini berukuran:
- Panjang: 4,380mm
- Lebar: 1,860mm
- Tinggi: 1,650mm
- Jarak roda: 2,620mm
Model ini dilengkapi roda aloi aluminium bersaiz 18 inci bersama tayar 235/55, memastikan kestabilan pemanduan dan gaya premium.
Prestasi Enjin Turbo dan Kecekapan Bahan Api
Di bawah hud, J5 dipacu enjin 1.5L turbo empat silinder dengan output:
- Kuasa maksimum: 108 kW (147 PS)
- Tork maksimum: 210 Nm
Enjin ini digandingkan dengan transmisi CVT yang menawarkan pemanduan responsif dan kadar penggunaan bahan api serendah 7.5L/100km (WLTC), serta teknologi seperti Integrated Exhaust Manifold (IEM).
Ruang Dalaman Premium dan Praktikal
Masuk ke dalam kabin, anda akan disambut dengan kemasan kulit tiruan penuh, suasana selesa dan moden seperti:
- Kapasiti Dalaman: 5 kerusi
- Ruang but: 480 liter, boleh diperluas sehingga 1,180 liter (kerusi lipatan 60/40)
- Persijilan TÜV mesra haiwan peliharaan - sesuai untuk pemilik haiwan kesayangan.
Teknologi dan Keterhubungan Terkini
Jaecoo J5 menawarkan ciri infotainmen dan keterhubungan lengkap seperti:
- Skrin sentuh 2K bersaiz 13.2-inci dengan sambungan WiFi
- Instrumen digital 8-inci
- Sistem audio 8-speaker
- Bumbung panorama terbesar dalam kelasnya untuk suasana kabin yang luas dan cerah.
Keselamatan Tahap Tinggi dengan ADAS 2.5
Ciri keselamatan dipertingkatkan dengan:
- Sistem Bantuan Pemandu ADAS Tahap 2.5
- Kamera Pandang Keliling HD 540 darjah, ciri unggul Omoda | Jaecoo
SUV Kompak Premium untuk Gaya Hidup Moden
Jaecoo J5 bukan sekadar kenderaan untuk perjalanan harian, tetapi sebuah crossover yang menggabungkan rekaan sporty, teknologi pintar, ruang selesa dan ciri keselamatan termaju.
Model ini bakal menjadi pilihan menarik bagi mereka yang mahukan gaya hidup premium dengan harga yang masih termampu.
Leave a Reply