• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Apa Menarik di Karnival OMODA | JAECOO Malaysia 21-24 Ogos Ini?

Apa Menarik di Karnival OMODA | JAECOO Malaysia 21-24 Ogos Ini?

August 21, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL

SEIRING peningkatan kesedaran dan minat pengguna terhadap kenderaan tenaga baharu (NEV) dan teknologi elektrifikasi, OMODA | JAECOO Malaysia hari ini merasmikan Karnival OMODA | JAECOO di Desa ParkCity, Kuala Lumpur, bermula 21-24 Ogos ini.

Acara empat hari itu menjadi pameran teknologi dan gaya hidup pertama jenama tersebut di Malaysia, sekali gus mencerminkan komitmen OMODA | JAECOO dalam mendidik pengguna mengenai kelebihan mobiliti pintar dan mesra alam.

Pameran Teknologi, Gaya Hidup Pertama OMODA | JAECOO

Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL

Naib Presiden OMODA | JAECOO Malaysia, Emily Lek berkata;

Karnival OMODA | JAECOO menghimpunkan barisan kenderaan kami yang serba lengkap. Tambahan lagi, ia memaparkan prestasi dan inovasi setiap peringkat, direka untuk membawa keupayaan luar biasa dan inovasi yang mempelopori segmen."

Sempena karnival itu, jenama berkenaan turut mempamerkan dua model baharu yang akan memasuki pasaran Malaysia seperti:

  • JAECOO J5: Digelar 'Bintang Handalan Kegunaan Harian Kami' yang sesuai untuk pemanduan praktikal dan berbaloi
  • OMODA C9 PHEV: Dikenali sebagai 'Dibina dengan Kuasa Peneraju' yang menjanjikan prestasi unggul dengan teknologi hibrid terkini.

Penghargaan Buat Pelanggan, Pendidikan Teknologi NEV

Emily berkata lagi;

Karnival ini adalah cara kami menghargai pelanggan setia sambil mengalukan pelanggan baharu ke dalam dunia kemewahan termampu. Pada masa sama, kami teruja mendidik orang ramai mengenai manfaat teknologi NEV generasi baharu."

Makmal Pengalaman SHS, Tarikan Utama Karnival

Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL

Antara tarikan utama ialah ruang interaktif Makmal Pengalaman SHS yang membolehkan pengunjung meneroka teknolofi hibrid Super Hybrid System (SHS) secara mendalam.

Melalui paparan teknologi, pembentangan berpandu, dan pameran interaktif, pengunjung dapat memahami bagaimana teknologi SHS menggabungkan kecekapan tenaga pintar, prestasi tinggi dan pemanduan mesra alam.

Teknologi SHS, Masa Depan Mobiliti OMODA | JAECOO

Trenkuasa hibrid SHS bakal menjadi teras kenderaan masa depan OMODA | JAECOO dengan menawarkan peralihan pintar antara kuasa elektrik dan petrol, sekali gus memastikan prestasi lancar, penggunaan bahan api optimum dan pengalaman pemanduan fleksibel mengikut kondisi jalan sebenar.

Sorotan Karnival OMODA | JAECOO

Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL
Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL
Karnival OMODA | JAECOO di Desa Park City, KL

Selain previu dua kenderaan itu, pengunjung juga boleh:

  • Meninjau barisan lengkap OMODA | JAECOO Malaysia
  • Mencuba sesi pandu uji untuk beberapa model popular seperti OMODA J7 dan JAECOO J8
  • Menikmati pelbagai pilihan makanan dan minuman
  • Membawa anak ke zon permainan kanak-kanak
  • Berehat di tempat menjamu selera terbuka
  • Melawati bazar kebudayaan, Pasar PingMing yang menawarkan:
    • Makanan tempatan lazat
    • Barangan buatan tangan
    • Seni pertukangan unik

Butiran Acara

  • Tarikh: 21-24 Ogos 2025
  • Lokasi: Ruang parkir kereta 3, Desa ParkCity, Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: 10 pagi - 10 malam
  • Sesi Pandu Uji: 10 pagi - 7 malam
  • Maklumat Lanjut: www.omodajaecoo.com.my

 

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Karnival Omoda | Jaecoo, Kenderaan Tenaga Baharu (NEV), Omoda | Jaecoo Malaysia, Super Hybrid System (SHS)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan
    BYD Seal U DM-i Hangat di UK, Jarak Pandu Lebih 1,200 km, Lebih 10 Ribu Terjual Dalam 10 Bulan

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev