GEELY Automobile Holdings Ltd mengumumkan prestasi kewangan kukuh untuk penggal pertama (H1) 2025. Pengeluar automotif itu, yang juga pemegang saham majoriti dalam tiga jenama utama: Geely Auto, Lynk & Co, dan Zeekr mencatatkan hasil mengagumkan:
- Hasil 150.3 bilion yuan (RM88.5 bilion), melonjak 27 peratus berbanding tahun terdahulu
- Keuntungan bersih boleh diagih kepada pemegang saham 9.29 bilion yuan (RM5.5 bilion)
- Keuntungan boleh diagih kepada pemegang saham selepas ditolak item bukan berulang 6.66 bilion yuan (RM 3.92 bilion), peningkatan mendadak 102 peratus berbanding tahun terdahulu
- Tunai bersih syarikat mengukuh kepada 58.8 bilion yuan (RM34.6 bilion)
- Jumlah keuntungan kasar meningkat kepada 24.7 bilion yuan (RM14.5 bilion)
- Margin keuntungan kasar 16.4 peratus
Peningkatan skala operasi dan pengoptimuman produk menyumbang kepada keputusan kewangan positif itu.
Transformasi Pintar, Elektrifikasi Pacu Pertumbuhan
Pada H1 2025, Geely Auto mengukuhkan komitmen untuk beralih ke arah jenama kenderaan pintar dan elektrik. Syarikat mencatatkan jualan mengagumkan:
- Jualan keseluruhan kenderaan 1.409 juta unit, meningkat 47 peratus berbanding tahun terdahulu
- Penguasaan pasaran di China melebihi 10 peratus buat kali pertama
- Jualan kenderaan elektrik dan tenaga baharu (NEV) melebihi 725,000 unit, menunjukkan pertumbuhan luar biasa sebanyak 126 peratus berbanding tahun terdahulu
Strategi One Geely Perkukuh Sinergi
Dalam tempoh enam bulan pertama 2025, Geely Auto menyelesaikan penggabungan Zeekr dan Lynk & Co. Langkah itu menghasilkan sinergi lebih besar antara kedua-dua jenama, dengan mencatatkan rekod jualan dalam segmen pasaran lebih tinggi, dan mengurangkan kos penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran, serta operasi.
Pada Julai lalu, Geely Auto dan Zeekr memeterai perjanjian penggabungan untuk mengukuhkan lagi kerjasama dalam pembangunan teknologi, rantaian bekalan, pembuatan, pemasaran, perkhidmatan selepas jualan, dan peluasan global. Penggabungan itu dijangka meningkatkan daya saing produk syarikat dalam segmen pasaran arus perdana, mewah, dan premium.
Terajui Elektrifikasi Pintar
Geely Auto mengekalkan kepimpinan dalam industri melalui inovasi berterusan dalam ekosistem kecerdasan buatan (AI) komprehensif dan peningkatan daya saing produk.
Pada 2025, Geely melancarkan pelbagai model popular merentasi segmen pasaran, dengan model NEV mencatat kejayaan:
- Jualan gabungan kenderaan elektrik (EV) dan NEV melebihi 725,000 unit pada 1H 2025
- Kadar penembusan NEV 51.5 peratus
- Jualan siri Geely Yinhe melebihi 548,000 unit, meningkat 232 peratus berbanding tahun terdahulu
- Jualan kumulatif model siri Geely Yinhe sejak pelancaran tahun lalu mencapai 1.2 juta unit hingga akhir Julai lalu.
Selain kejayaan dalam segmen pasaran arus perdana, Geely Auto turut menunjukkan prestasi cemerlang dalam segmen pasaran mewah dan premium melalui Lynk & Co dan Zeekr:
Zeekr
- Jualan 90,740 unit pada H1 2025
- Mencatat rekod sebagai jenama NEV terpantas mencapai jualan 500,000 unit EV sejak pelancaran jenama.
Lynk & Co
- Mencatatkan jualan 154,137 unit dalam H1 2025
- Jualan kumulatif melebihi 1.5 juta unit sejak dilancarkan
Peluasan Jualan di Luar Negara
Pada H1 2025, Geely Auto secara konsisten memperluas kehadiran di pasaran antarabangsa:
- Jualan eksport melebihi 180,000 unit
- Pengedar dan pusat jualan Geely Auto merangkumi lebih 80 negara dan wilayah
- Model Geely EX5 dilancarkan di 26 pasaran, menjadikannya produk bintang seluruh dunia
- Pemasangan luar negara dimulakan di Mesir dan pengeluaran percubaan sudah bermula di Indonesia
Zeekr dan Lynk & Co turut menunjukkan prestasi mengagumkan di pasaran global:
Zeekr
- Kini mempunyai lebih 70 premis di lebih 40 negara dan wilayah
- Menduduki carta jualan teratas di Hong Kong dan menjadi peneraju pasaran EV di Kazakhstan
Lynk & Co
- Mempunyai tujuh Co-Clubs (pusat sehenti) dan 58 pengedar di Eropah
- Menghantar lebih 92,000 unit ke luar negara, dan memasuki pasaran baharu seperti Republik Dominica dan Laos
Prospek Penggal Kedua 2025
Geely Auto turut meningkatkan sasaran jualan:
- Sasaran jualan tahunan dinaikkan kepada 3 juta unit
- Ada enam lagi model NEV berelektrifikasi bakal dilancarkan beberapa bulan akan datang
Leave a Reply