• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Projek Kereta Api Laju Indonesia Rugi RM259.6 Juta Penggal Pertama 2025

Projek Kereta Api Laju Indonesia Rugi RM259.6 Juta Penggal Pertama 2025

August 19, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Kereta api laju Indonesia Whoosh

PT KERETA Api Indonesia (KAI) dilaporkan menanggung kerugian hampir Rp1 trilion (RM261.4 juta) daripada Projek Kereta Api Laju Jakarta-Bandung (Whoosh) sepanjang penggal pertama 2025.

CNN Indonesia melaporkan, angka itu diperoleh daripada laporan kewangan konsolidasi setakat Jun 2025 dengan kerugian dicatatkan pada bahagian untung rugi entiti bersekutu dan usahasama.

Kerugian Membimbangkan

Peta laluan kereta api laju Whoosh

Kerugian berpunca daripada pegangan saham majoriti KAI dalam konsortium pengendali Whoosh, PT Pilar Sinergi BUMN Indonesia (PSBI). Setakat Jun 2025, rugi bersih PSBI yang disumbangkan kepada KAI mencecah Rp951.48 bilion (RM246.8 juta). Pegangan saham KAI dalam PSBI ialah 58.53 peratus.

Jika diunjurkan setahun penuh, kerugian itu dianggarkan sekitar Rp1.9 trilion (RM493.2 juta). Angka tersebut lebih rendah berbanding kerugian 2024 (Rp2.69 trilion), tetapi tetap menambah tekanan kewangan KAI.

Konsortium PSBI, Peningkatan Kos Projek

Kereta api laju Indonesia Whoosh
Kereta api laju Indonesia Whoosh

Selain KAI, PSBI turut membabitkan syarikat milik Kerajaan lain seperti PT Wijaya Karya (WIKA) dan PT Jasa Marga (JSMR). Konsortium tersebut ditubuhkan bagi membiayai dan mengurus projek Whoosh yang sejak awal berdepan pelbagai cabaran, termasuk isu pengambilan tanah dan perubahan rekabentuk pembinaan.

Jumlah pelaburan projek kini dilaporkan mencecah AS$7.27 bilion (RM30.6 bilion), termasuk kos tambahan (cost overrun) AS$1.2 bilion (RM50.68 bilion). Kenaikan kos itu menjadi antara faktor utama penstrukturan semula daripada Badan Pengelola Investasi Danantara (Danantara Indonesia).

Operasi Masih Tidak Tampung Kos

Kereta api laju Indonesia Whoosh
Kereta api laju Indonesia Whoosh

Whoosh mula beroperasi secara komersial pada Oktober 2023, tetapi pendapatan daripada operasi tersebut masih belum mampu menampung kos pelaburan besar dan beban operasi berterusan.

Keadaan itu menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan jangka panjang projek mega pengangkutan berkelajuan tinggi tersebut.

SUMBER: CNNIndonesia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, KAI, Kereta Api Indonesia (KAI), Kereta Api Laju Whoosh, Keretapi Indonesia, PT Kereta Api Indonesia, Whoosh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my