• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #MotoGP2025: Marquez Juara GP Austria, Menang Perlumbaan MotoGP ke-1,000!

#MotoGP2025: Marquez Juara GP Austria, Menang Perlumbaan MotoGP ke-1,000!

August 18, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Marc Marquez juara MotoGP Austria 2025

JUARA dunia lapan kali, Marc Marquez, meneruskan rentak luar biasa apabila mencatat kemenangan keenam berturut-turut selepas menjuarai perlumbaan ke-1000 dalam sejarah MotoGP yang berlangsung di Litar Red Bull Ring, Austria.

Pelumba grid pertama, Marco Bezzecchi (Aprillia Racing) bermula cemerlang dengan melakukan holeshot di selekoh pertama, yang diekori rapat pelumba duo Ducati Lenovo, Francesco Bagnaia dan Marquez.

Saingan Sengit di Tengah Perlumbaan

Marc Marquez vs MArco Berzecchi
Marc Marquez vs MArco Berzecchi

Bagnaia sempat mendahului selepas mengatasi rakan sepasukannya itu di selekoh ketiga. Namun, Marquez mengambil peluang memintas pada pusingan kedua. Ketika dua pelumba Ducati itu sibuk berentap, Bezzechi melebarkan jurang 0.8 saat di depan.

Marquez mula mempamerkan prestasi unggul pada pusingan keenam dan ketujuh dengan memecahkan catatan masa terpantas untuk mengejar Bezzecchi.

Jorge Martin kemalangan di Turn-14
Jorge Martin kemalangan di Turn-14

Tekanan berterusan diberikan di Turn 3 dan Turn 4, tetapi Marquez kekal sabar menanti masa dan peluang yang sesuai untuk memintas lawannya itu.

Pada masa sama, juara bertahan, Jorge Martin (Aprillia Racing) tergelincir pada pusingan ke-14, sekali gus tersingkir daripada saingan podium.

Aksi Klimaks: Marquez Pintas Bezzecchi

Fermin Aldeguer cuba memintas Marc Marquez
Fermin Aldeguer

Selepas mengintai peluang sejak awal, Marquez akhirnya menewaskan Bezzecchi pada pusingan ke-20 dengan satu gerakan mantap di Turn 1.

Sementara itu, pelumba rookie, Fermin Aldeguer (foto atas kanan) mempamerkan pecutan luar biasa untuk merampas tempat ketiga daripada Bagnaia.

Pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu cuba menyaingi Marquez hingga ke garisan penamat, tetapi pengalaman juara dunia tersebut nyata sukar digugat.

Kedudukan 10 Teratas MotoGP Austria 2025

Podium MotoGP Austria 2025

  1. Marc Marquez, Ducati Lenovo - 42m 11.006s
  2. Fermin Aldeguer, Gresini Ducati - +1.118s
  3. Marco Bezzecchi, Aprilia Racing - +3.426s
  4. Pedro Acosta, Red Bull KTM Factory Racing - +6.864s
  5. Enea Bastianini, Red Bull KTM Tech 3 - +8.731s
  6. Joan Mir, Repsol Honda - +10.132s
  7. Brad Binder, Red Bull KTM Factory Racing - +10.476s
  8. Francesco Bagnaia, Ducati Lenovo - +12.486s
  9. Raul Fernandez, Trackhouse Aprilia - +15.472s
  10. Alex Marquez, Gresini Ducati - +15.537s

Marquez Kukuhkan Takhta Kejuaraan

Ranking pelumba selepas MotoGP Austria 2025

Kemenangan tersebut menandakan kemenangan pertama Marquez di Austria dan kemenangan kesembilan musim ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu kejuaraan.

Lebih manis, kemenangan keenam berturut-turut itu menyamai rekod gemilang yang pernah dicatat Marquez pada musim kejuaraan 2014. Dengan prestasi semasa, bintang Sepanyol itu kini semakin hampir meraih gelaran juara dunia ke-9 dalam karier.

SUMBER: Motorsportweek

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Ducati, GP Austria 2025, Marc Marquez, MotoGP 2025, sukan permotoran

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu
    Gracshaw Perkenal Tiga Helmet Baharu

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my