• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

U Mobile Lancar Rangkaian 5G Generasi Baharu yang Lebih Pantas, ULTRA5G di Malaysia

August 18, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

U Mobile lancar ULTRA5G

PENYEDIA telekomunikasi mobil tempatan, U Mobile hari ini melancarkan rangkaian generasi baharu 5G, ULTRA5G, bertempat di Berjaya Times Square, yang turut mencatat sejarah sebagai pusat beli-belah pertama Malaysia dilengkapi liputan 5G sepenuhnya.

ULTRA5G menawarkan kelajuan ultra pantas, keterhubungan ultra mantap dan liputan ultra luas. Pengguna U Mobile di Berjaya Times Square kini boleh melihat indikator ULTRA5G pada peranti hasil liputan dalam bangunan yang sudah dipasang.

Pengalaman 5G Tanpa Tandingan

U Mobile lancar ULTRA5G
U Mobile lancar ULTRA5G

Bagi memperlihat kekuatan rangkaian baharu itu, U Mobile mengadakan demonstrasi penstriman langsung roller-coaster 4K pertama di Malaysia.

Roller coaster sepanjang 800 meter di Taman Tema Berjaya Times Square, yang juga roller coaster dalam bandingan terpanjang di Asia Pasifik itu berjaya distrim tanpa gangguan walaupun mencapai kelajuan hingga 70kmj.

Teknologi Imersif, Inovatif

Selain itu, U Mobile turut mempersembahkan pengalaman realiti campuran (mixed-reality) dan demonstrasi penghirisan rangkaian (network slicing) yang mempamerkan perbezaan prestasi ultra mantap mengikut perkhidmatan.

Teknologi itu dijangka membuka peluang baharu dalam sektor:

  • Permainan video dan penstriman kualiti tinggi
  • Bandar pintar dan automasi IR 4.0
  • XR, robotik dan aplikasi perusahaan maju

Komitmen Liputan Menyeluruh

U Mobile lancar ULTRA5G

Ketua Pegawai Teknologi (CTO) U Mobile, Woon Ooi Yuen berkata, ULTRA5G adalah langkah besar syarikat untuk memacu transformasi digital negara.

ULTRA5G menawarkan pengalaman digital dipertingkat, daripada penstriman ultra mantap hingga kepada panggilan video berkualiti tinggi di kawasan sesak. Kami juga melipat ganda usaha liputan dalaman untuk memastikan pengalaman 5G paling menyeluruh di Malaysia," katanya.

Selain Berjaya Times Square, liputan ULTRA5G kini tersedia di Jambatan Pulau Pinang 1, membabitkan keseluruhan jambatan dengan hanya dua menara pemancar. Sasaran syarikat adalah mencapai 80 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) menjelang separuh kedua 2026.

Fokus Lokasi Strategik

Selepas Berjaya Times Square dan Jambatan Pulau Pinang, rangkaian ULTRA5G akan diperluas ke lokasi berimpak tinggi seperti:

  • Lapangan terbang
  • Hospital
  • Pusat konvensyen
  • Kawasan komersial utama seluruh negara

Maklumat lanjut ULTRA5G boleh layari www.u.com.my.

U Mobile lancar ULTRA5G
U Mobile lancar ULTRA5G
U Mobile lancar ULTRA5G
U Mobile lancar ULTRA5G
Logo U Mobile

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Telco Pantas, U Mobile, ULTRA5G

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev