LOTUS Cars Malaysia, di bawah Karrus Automotive Group, mengumumkan peluasan barisan model Lotus Emeya Hyper-GT dalam dua varian: Emeya 600 dan Emeya 900 pada harga bermula RM459,000.
Langkah itu sebahagian strategi global Lotus untuk menjadikan Emeya lebih mudah diakses dengan mengekalkan DNA teras rekabentuk berani, prestasi elektrik memukau dan inovasi fokus pemandu.
Model baharu itu menggunakan penamaan berasaskan output kuasa dengan setiap varian dilengkapi pakej ciri tersendiri sama ada menumpukan prestasi sporty atau kemewahan berteknologi tinggi. Ini memudahkan proses pemilihan pelanggan tanpa mengorbankan pilihan gaya peribadi.
Lotus sebelum ini sudah memperkenalkan pendekatan sama pada Emira, Electre dan Emeya dengan menghidupkan semula nama legenda seperti Sport dan GT SE dalam barisan moden jenama itu.
Prestasi Hyper-GT Tanpa Kompromi
Dibina sepenuhnya sebagai Hyper-GT elektrik, Lotus Emeya menawarkan gabungan kelajuan, ketangkasan dan keselesaan jarak jauh. Pecutan 0-100kmj dicapai sepantas 2.78 saat yang meletakkan model itu antara terpantas dalam segmen.
Suspensi udara adaptif dengan Kawalan Redaman Berterusan (Continuous Damping Control, CDC) memberikan pemanduan halus dan responsif, manakala talaan casis khas menjamin pengendalian tiada tandingan.
Bahagian kabin menggabungkan teknologi terkini dengan material mewah seperti fabrik prestasi mampan LotusWear untuk suasana pemanduan eksklusif dan mesra alam.
1. Lotus Emeya 600 Series
i. Emeya 600 - RM459,000
- Output kuasa 603hp dalam pacuan semua roda (AWD)
- Bateri 102kWh, dengan pengecas AC 22kW
- Suspensi udara CDC
- Rim 20 inci
- Sistem audio KEF Premium 15-pembesar suara
- Paparan dongak (HUD) 29 inci
- Kemasan dalaman Jasper LotusWear
ii. Emeya 600 GT SE - RM519,000
- Ada semua ciri Emeya 600
- Pek parkir Parking Pack
- Rim 21 inci, dan brek cakera dengan kalipir 6-piston
- Bumbung kaca pintar
- Pintu but bebas tangan
- Lampu ambien boleh laras
- Sil sisi iluminasi
iii. Emeya 600 Sport SE - RM599,000
- Ada semua ciri GT SE
- Pek pengendalian dinamik Lotus Dynamic Handling Pack
- Spoiler aktif
- Difuser belakang aktif
- Pek kerusi Comfort Seat Pack (kerusi ventilasi dan urut)
- Pintu soft-close
2. Lotus Emeya 900 Series
i. Emeya 900 Sport - RM699,000
- Output kuasa 905hp, dengan transmisi 2-kelajuan
- Pek pengendalian dinamik Lotus Dynamic Handling Pack
- Spoiler aktif
- Kemasan dalaman Quartz LotusWear
ii. Emeya 900 Sport Carbon - RM729,000
- Ada semua ciri 900 Sport
- Pakej gentian karbon luaran dan dalaman
- Kerusi urut dan ventilasi
- Pintu soft-close
- Difuser dan penutup udara aktif
Tempahan dan Penghantaran
Tempahan kini dibuka di bilik pameran Lotus Cars Malaysia di Glenmarie, Pavilion Damansara Heights dan Pulau Pinang. Penghantaran pertama dijangka bermula September 2025.
Maklumat lanjut boleh hubungi 016-6112388, e-mel [email protected] atau layari laman rasmi LotusCarsMalaysia.
Pilihan Lebih Luas, Lebih Dekat di Hati Peminat
Pelancaran Lotus Emeya 600 Series dan pengukuhan Lotus Emeya 900 Series membuktikan Lotus bukan sekadar mengejar angka kuasa, tetapi juga kepelbagaian dan nilai.
Pada harga bermula RM459,000, Lotus Emeya kini lebih mudah dimiliki tanpa menjejaskan prestasi dan kemewahan yang sinonim dengan jenama Lotus.
Leave a Reply