• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / KKR: Belanjawan 2026 Akan Fokus Tambah Baik Jalan Raya Timur-Barat (JRTB)

KKR: Belanjawan 2026 Akan Fokus Tambah Baik Jalan Raya Timur-Barat (JRTB)

August 15, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Projek pemasangan 385 unit lampu jalan solar sepanjang Lebuhraya Timur-Barat (JRTB) dijangka siap menjelang September 2025

JALAN Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli bakal menjadi antara tumpuan utama Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam Belanjawan 2026 berikutan keperluan mendesak kerja penambahbaikan di laluan strategik itu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, walaupun jumlah peruntukan khusus masih belum dimuktamad, KKR sudah mengemuka permohonan menaik taraf beberapa lokasi kritikal di JRTB yang sering menjadi tumpuan pengguna.

Ini bukan peruntukan khas, tetapi dimohon dalam peruntukan biasa untuk laluan JRTB memandangkan keperluannya sangat mendesak,” katanya.

Kerja Naik Taraf: Lampu Solar, Pengadang Jalan dan Perabot Jalan

Nanta berkata, sebanyak 385 unit lampu solar sudah dipasang di lokasi berisiko, terutama di selekoh berbahaya.

Selain itu, pengadang jalan rosak sudah dibaik pulih, papan tanda diperbaharui dan garisan jalan dicat semula untuk meningkatkan tahap keselamatan pengguna.

Aplikasi MYJalan Pemangkin Naik Taraf JRTB

Nanta turut memaklumkan aplikasi MYJalan yang dilancarkan di Perak sebelum ini membantu KKR mengumpul data kerosakan jalan secara sistematik.

Maklumat diperoleh menjadi asas kukuh KKR memohon peruntukan tambahan daripada Kerajaan Persekutuan bagi kerja pembaikan dan naik taraf JRTB serta jalan Persekutuan lain di negeri itu.

JRTB bukan saja nadi penghubung antara negeri, tetapi menyimpan sejarah penting pembinaan jaringan jalan raya negara. Atas kesedaran itu, Perak dipilih sebagai negeri pertama pelancaran MYJalan."

Fokus Keselamatan, Keselesaan dan Warisan Jalan Raya Negara

Pelaburan dalam menaik taraf JRTB menunjukkan komitmen KKR meningkatkan keselamatan, keselesaan, dan kelancaran trafik di laluan yang menjadi penghubung utama antara Perak dan Kelantan.

Malah, usaha itu turut memastikan warisan sejarah JRTB terus terpelihara sambil memberi manfaat ekonomi kepada kawasan setempat.

Dengan data tepat daripada MYJalan dan sokongan Belanjawan 2026, pengguna jalan raya boleh menjangka persekitaran pemanduan lebih selamat dan kondusif pada masa akan datang.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Belanjawan 2026, Jalan Raya Timur Barat (JRTB), Kementerian Kerja Raya (KKR)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my