• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Sita Empat Kenderaan Singapura Buat e-Hailing Haram, Tambang Cecah RM4.2k!

JPJ Sita Empat Kenderaan Singapura Buat e-Hailing Haram, Tambang Cecah RM4.2k!

August 15, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

JPJ sita e-hailing haram dari Singapura

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menyita empat kenderaan dari Singapura selepas menjalankan perkhidmatan e-hailing secara haram dengan membawa pelancong di Malaysia.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, semua kenderaan terbabit tiada lesen pengendali sah, tidak berdaftar sebagai kenderaan perkhidmatan awam dan tiada cukai jalan Malaysia.

Hasil Risikan dan Operasi Khas

Operasi khas e-hailing kenderaan asing ini bermula 9 Ogos 2025 hasil maklumat risikan mengenai pemandu kenderaan luar yang mengambil penumpang tanpa permit.

Antara kenderaan disita ialah:

  • Toyota Alphard
  • Toyota Vellfire
  • Honda Spada
  • Toyota Hiace

Semua kenderaan dipandu warga Singapura dan digunakan untuk membawa pelancong. Tindakan diambil mengikut Seksyen 80 Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010 dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 16(1) akta sama.

Tambang Cecah Ribuan Ringgit

JPJ sita e-hailing haram dari Singapura
JPJ sita e-hailing haram dari Singapura

Menurut Aedy Fadly, hasil risikan mendapati tambang yang dikenakan pemandu terbabit boleh mencecah:

  • S$180 (RM630) ke Johor Bahru Sentral
  • S$200 (RM700) ke Iskandar Puteri
  • S$1,200 (RM4,200) ke Ipoh

Modus operandi termasuk menggunakan aplikasi Telegram dan pelekat khas untuk mengenal pasti penumpang yang sudah membuat tempahan.

Tiada Lagi Kompromi

JPJ sita e-hailing haram dari Singapura

Sebelum ini, kita lebih kepada advokasi dan memberi penerangan bahawa perbuatan ini salah. Tetapi mulai minggu ini, tiada lagi kompromi. Kita akan tahan dan ambil tindakan tegas termasuk proses lucut hak kenderaan," tegasnya.

Operasi itu akan diteruskan di lokasi tumpuan pelancong di Johor seperti Legoland dan Danga Bay, sebelum diperluas ke negeri lain.

Peringatan kepada Orang Awam

JPJ menggesa orang awam melaporkan sebarang aktiviti e-hailing haram membabiitkan kenderaan asing melalui e-mel [email protected] dengan maklumat lengkap.

Aedy Fadly menegaskan perkhidmatan e-hailing sah wujud di Malaysia dan kenderaan luar negara wajib memohon kelulusan pihak berkuasa sebelum beroperasi.

Keselamatan dan Imej Negara Jadi Keutamaan

Menurut JPJ, penguatkuasaan ini bukan hanya soal undang-undang tetapi juga keselamatan penumpang dan hubungan antara negara.

Kita tidak mahu insiden buruk berlaku, terutamanya jika melibatkan kemalangan membabitkan pelancong asing. Perkara seperti ini bukan sahaja membahayakan nyawa, malah boleh menjejaskan hubungan dua negara," katanya.

E-Hailing Sah, Kenderaan Asing Perlu Patuh Undang-Undang

Tindakan tegas JPJ ini menjadi peringatan tiada siapa terkecuali daripada undang-undang jalan raya Malaysia.

Pengusaha e-hailing sah di Malaysia sudah tersedia, dan kenderaan asing perlu mendapatkan kelulusan rasmi sebelum dibenarkan membawa penumpang di negara ini.

SUMBER: JPJMalaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD), Auto Terkini, e-Hailing, e-Hailing Haram, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Operasi khas e-hailing, Singapura

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev