AVETA Malaysia sekali lagi mencuri perhatian pasaran tempatan menerusi pelancaran Aveta Ranger Max Explorer versi naik taraf, pada harga bermula RM6,988, tidak termasuk insurans dan cukai jalan.
Model baharu itu menampilkan peningkatan prestasi, ketahanan lebih tinggi, tahap keselamatan lebih baik, dan tambahan varian Special Edition (SE) bagi memenuhi cita rasa penunggang urban.
Peningkatan Prestasi, Ketahanan
Berdasarkan kejayaan model asal, Aveta melakukan pelbagai penambahbaikan utama seperti:
- Brek cakera depan dan belakang untuk kawalan membrek lebih tepat dan yakin
- Rekabentuk madgad dan fender baharu yang lebih efektif menangkis percikan air dan lumpur
- Pemegang dan grip baharu dengan pengimbang (balancer) tambahan untuk cengkaman lebih mantap
- Frem T-bone lebih kukuh yang stabil atas jalan raya biasa dan off-road
- Jarak tinggi bumi 190mm (lebih tinggi +10mm daripada model lama) untuk tunggangan off-road lebih selesa
- Sistem suspensi, pendawaian, meter halaju, kabel terotel, swingarm, peg kaki pembonceng dan tongkat tengah diperhalusi
- Sistem bekalan bahan api moden menggantikan pam vakum yang lebih efisien dan mudah diselenggara
- Berat keseluruhan kekal ringan, hanya 115kg
Varian Standard Kekal Mampu Milik, Ada Warna Baharu!
Varian Standard kini ditawarkan dalam warna baharu Iron Grey (kelabu) dengan ciri:
- Rim jejari 18 inci di depan dan 16 inci (belakang) yang diperkukuh
- Tayar dwi-fungsi yang seimbang untuk jalan raya dan off-road
- Gaya minimalis dan lasak berasaskan DNA pengembaraan
- Turut ditawarkan warna sedia ada: Sierra Yellow (kuning) dan Forest Green (hijau)
- Harga kekal RM6,988 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan) - antara kapcai advencer paling mampu milik di pasaran
Varian Special Edition (SE) untuk Penunggang Urban
Varian Special Edition (SE) datang dalam warna Storm Blue (biru) yang sesuai untuk penunggang bandar dengan ciri:
- Rim sport dwi-tona 17 inci
- Tayar tiubles prestasi jalan raya untuk kawalan lebih lancar di kawasan urban
- Pelindung ekzos bergaya dengan sentuhan moden
- Harga RM7,188, tidak termasuk insurans dan cukai jalan
Hadiah Eksklusif untuk Pembeli Terawal
Sempena pelancaran, 25 pelanggan terawal akan menerima kotak barang 36 liter eksklusif bernilai lebih RM599, sesuai untuk tunggangan jauh atau kegunaan harian.
Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim berkata;
Kami mendengar suara pelanggan, memperbaiki setiap aspek yang perlu, dan hasilnya ialah Aveta Ranger Max Explorer yang lebih berkuasa, lebih tahan lasak, dan lebih menyeronokkan.
"Sama ada di laluan off-road atau jalan bandar, model ini dibina untuk memberi keyakinan, kebebasan dan keseronokan kepada penunggang."
Kapcai Kembara Serba Lengkap untuk Semua
Pelancaran Ranger Max Explorer baharu membuktikan Aveta komited menghasilkan motosikal mampu milik, tahan lasak dan penuh gaya untuk pelbagai gaya tunggangan. Dengan gabungan ciri pengembaraan dan keselesaan bandar, kapcai tersebut bersedia menjadi pilihan utama penunggang Malaysia.
Ranger Max Explorer kini boleh didapati di semua pengedar Aveta seluruh negara. Maklumat lanjut, boleh layari www.aveta.com.my atau ikuti @AvetaMotorMalaysia di media sosial.
Leave a Reply