• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X50 2026 Hadir dengan Tag RFID Touch 'n Go

Proton X50 2026 Hadir dengan Tag RFID Touch 'n Go

August 14, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

TOUCH N' GO SDN BHD (TNG) dan Proton Holdings Bhd (Proton) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk melengkapkan semua unit Proton X50 2026 dengan tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) Touch 'n Go peringkat pengeluaran.

Proton juga akan menambah ciri RFID TNG itu pada model Proton lain pada masa depan.

Kerjasama Proton, TNG

Dalam kenyataan bersama, inisiatif itu mencerminkan komitmen kedua-dua pihak menyediakan pengalaman pemanduan lebih pintar dan selesa kepada pelanggan di Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) TNG, Praba Sangarajoo berkata, kerjasama itu akan mewujudkan perjalanan harian lebih lancar, mudah dan pantas kepada pemilik kenderaan.

Untuk Kepuasan Pelanggan

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Zhang Qiang berkata, langkah itu sejajar slogan Proton X50, Intelligence That Amazes.

Kami berhasrat meningkatkan kepuasan pelanggan, dan ini antara langkah yang boleh dipertimbang untuk mencapai matlamat tersebut,” katanya.

MoU itu dimeterai Praba dan Qiang, yang disaksikan m Pengarah Jualan TNG, Jarrod Wong, dan Ketua Jualan Proton Edar, Ong Chee Wooi.

Proton X50 Baharu

Dilancarkan pada 24 Julai lalu, Proton X50 serba baharu tampil dengan rekabentuk dalaman dan luaran m dipertingkat, teknologi konektiviti terkini serta enjin 4-silinder 1.5L i-GT turbo.

Menurut Proton, 2,000 unit Proton X50 sudah diserahkan kepada pelanggan dalam tempoh tiga minggu selepas pelancaran. Sejak debut, lebih 140,000 unit Proton X50 terdahulu berjaya dijual di pasaran tempatan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut mengenai ciri baharu Proton X50 dan inisiatif RFID boleh layari:

  • www.touchngo.com.my
  • www.proton.com

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Proton Holdings Bhd, Proton X50 2026, RFID, RFID TNG, Touch ‘n Go Sdn. Bhd. (TnG), Touch N Go

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my