• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Tiara Berhias Jalur Gemilang Jadi Ikon di Lebuhraya Persekutuan

Proton Tiara Berhias Jalur Gemilang Jadi Ikon di Lebuhraya Persekutuan

August 14, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

SETIAP kali bulan Ogos, Proton Tiara milik Azmi Mansor, 70, pasti terasa istimewa buat pengguna lebuhraya persekutuan kerana ia dihiasi puluhan Jalur Gemilang dan bendera negeri seiring dengan sambutan hari kemerdekaan pada 31 Ogos setiap tahun.

Bagi pengguna Lebuhraya Persekutuan, pemandangan kereta unik ini di bahu jalan bukan lagi sesuatu yang asing.

Nilai Sentimental Proton Tiara

Sekurang-kurangnya dua kali seminggu, kereta ini menjadi tarikan mata. Walaupun berusia hampir tiga dekad dan kerap mengalami masalah mekanikal, Proton Tiara ini tetap mempunyai nilai sentimental buat Azmi.

“Enam tahun lalu, saya beli kereta ini daripada program lupus di Kuantan kerana tidak sanggup melihatnya dilupuskan. Dalam banyak-banyak kereta yang saya ada, inilah yang paling saya sayang,” katanya.

Proses Menghias Dengan Teliti

Setiap bendera dan lampu dipasang sendiri oleh Azmi dengan penuh teliti. Kali pertama menghiasnya mengambil masa lapan jam, dengan kos bendera antara RM1.20 hingga RM2.80 sehelai. Bila rosak atau lusuh, dia akan mengganti satu persatu.

Kos dan Penyelenggaraan

Azmi memandu Proton Tiara ini sekurang-kurangnya empat kali seminggu di Lembah Klang, dengan kos minyak mencecah RM80 setiap perjalanan. Disebabkan usia kereta, dia perlu berhenti beberapa kali untuk menyejukkan enjin.

Tarikan Kepada Orang Ramai

Kereta ini sering mendapat perhatian pengguna jalan raya dan pelancong asing yang mahu bergambar. Menariknya, Azmi tidak mengenakan sebarang bayaran dan terbuka jika ada yang mahu memandunya, asalkan memaklumkan lokasi terakhir kereta tersebut.

Simbol Semangat Patriotik

Bagi Azmi, Proton Tiara ini bukan sekadar kenderaan, tetapi simbol kecintaan terhadap kereta nasional dan semangat patriotik yang ingin dikongsi dengan semua.

SUMBER: Utusan Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Bulan Kemerdekaan, Proton Tiara, Proton Tiara Jalur Gemilang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my