• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Perodua Flexiplan - Maybank Islamic, Perodua Lancar Pelan Pembiayaan Fleksibel Patuh Syariah

Perodua Flexiplan - Maybank Islamic, Perodua Lancar Pelan Pembiayaan Fleksibel Patuh Syariah

August 14, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

PERODUA bersama Maybank Islamic Berhad memperkenalkan Perodua Flexiplan, iaitu pelan pembiayaan fleksibel patuh Syariah pertama negara ini yang dikuasakan Maybank Islamic myimpact Drive Financing-i.

Inisiatif julung kali itu bertujuan memudahkan pengalaman pemilikan kenderaan dengan bayaran lebih fleksibel, tawaran nilai beli semula kompetitif, dan pilihan untuk menukar atau mengekalkan kenderaan sedia ada.

Ciri Utama Perodua Flexiplan

  • Bayaran Bulanan Rendah: Pembiayaan Kenderaan Murabahah Bertempoh dengan kadar kompetitif untuk lima tahun pertama.
  • Nilai Beli Semula Terjamin: Perodua membeli semula kenderaan pada harga menarik untuk pembelian model baharu Perodua.
  • Fleksibiliti Pemilikan: Tukar kepada model baharu atau kekalkan kenderaan sedia ada dengan pelan bayaran disemak semula.

Ada empat model ditawarkan di bawah pelan tersebut: Myvi, Axia (kecuali Axia E), Ativa, dan Aruz. Pada tahun kelima, pelanggan boleh:

  • Tukar kenderaan dengan nilai tukar beli digunakan sebagai bayaran pendahuluan model baharu.
  • Kekalkan kenderaan sedia ada dengan melunaskan baki atau melanjutkan pembiayaan hingga empat tahun.

Manfaat kepada Semua

Perodua Flexiplan dikuasakan Makbank Islamic - CEO Perodua Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pelan itu memberi manfaat kepada semua pihak dan diyakini diterima baik rakyat Malaysia.

Sementara itu, CEO Kumpulan Perkhidmatan Komuniti dan Kewangan Maybank, Syed Ahmad Taufik Albar berkata, komitmen Maybank adalah menawarkan penyelesaian kewangan berteraskan nilai, fleksibel, dan inklusif.

Jaminan Tambahan

Selain pembiayaan, pelanggan turut dilindungi Etiqa menerusi Perodua Total Protect Plus, iaitu perlindungan tambahan bencana bernilai RM5,000, dan Takaful Perlindungan Baki Pinjaman.

Dengan pelancaran tersebut, Perodua dan Maybank Islamic menetapkan penanda aras baharu dalam pemilikan kenderaan patuh Syariah di Malaysia. Maklumat lanjut boleh hubungi penasihat jualan Perodua atau cawangan Maybank berhampiran anda.

perodua-flexiplan-2
perodua-flexiplan-1
Perodua Flexiplan dikuasakan Makbank Islamic
Maybank, Perodua MoU 2
Maybank, Perodua MoU 3
Maybank, Perodua MoU 4

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bank, Maybank, Maybank Islamic Financing, Perodua, perodua aruz, Perodua Ativa, Perodua Axia, Perodua Flexiplan, Perodua Myvi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev