• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / CFMoto 750SR-S 2026 Diperkenal, Sportbike Middleweight 4-Silinder Pertama

CFMoto 750SR-S 2026 Diperkenal, Sportbike Middleweight 4-Silinder Pertama

August 13, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

CFMoto 750SR-S 2026

CFMOTO 750SR-S 2026 rasmi diperkenalkan di China menjelang debut global yang dijangka berlangsung hujung tahun ini.

Menariknya, ini ialah model CFMoto pertama yang menggunakan enjin 4-silinder yang menandakan langkah besar jenama itu dalam usaha mencabar pengeluar Jepun dan Eropah yang lebih lama bertapak.

Enjin, Prestasi

CFMoto 750SR-S 2026
CFMoto 750SR-S 2026

Sportbike itu dikuasakan enjin 4-silinder 749cc DOHC, hasil evolusi konsep tripel 675cc sebelum ini dengan output kuasa 110hp @ 10,250rpm, dan boleh dipertingkat kepada 113hp dengan sistem ram udara, manakala tork 80Nm @ 9,000rpm.

Walaupun angka kuasa lebih rendah berbanding Suzuki GSX-R750 (147hp) atau GSX-R600 (119hp), talaan CFMoto 750SR-S 2026 lebih menumpukan kepada julat pertengahan untuk tunggangan harian berbanding kuasa maksimum trek.

Casis, Suspensi

CFMoto 750SR-S 2026

CFMoto melengkapkan 750SR-S dengan fork terbalik (USD) KYB boleh laras penuh di depan dan monoshock KYB di belakang dengan swingarm sebelah aluminium.

Sistem brek menggunakan brek cakera 320mm Brembo M4.32 dengan monoblok radial di depan dan dipadankan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) selekoh (ABS Cornering) Continental.

Teknologi, Ciri Moden

CFMoto 750SR-S 2026

Antara ciri terkini diberikan ialah:

  • Kawalan Traksi sensitif miring (lean-sensitive traction control) dalam dua mod tunggang
  • Panel meter TFT 6.2 inci dengan sambungan Bluetooth, kemas kini atas talian (OTA), dan sokongan kamera aksi Insta360
  • Sistem kunci pintar NFC menggunakan telefon pintar membolehkan penunggang menghidupkan enjin atau membuka kunci tanpa perlu menggunakan kunci fizikal hanya dengan sentuhan atau imbasan peranti pintar
  • Quickshifter (atas sahaja)
  • Lampu automatik dengan fungsi belok
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Signel Henti Kecemasan (ESS)

Rekaan, Ergonomik

Badan CFMoto 750SR-S 2026 diuji dalam terowong angin Pininfarina dengan dilengkapi winglet aerodinamik, lampu siang (DRL) bentuk 'kayu hoki' dan ekzos empat muncung (dua setiap sisi).

Memiliki Ketinggian pelana 805mm dan boleh dinaikkan kepada 825mm, manakala berat penuh 213kg.

Gabungan teknologi moden, rekabentuk agresif dan enjin 4-silinder, model  itu menjadi langkah strategik CFMoto dalam menembusi pasaran sportbike middleweight.

Maklumat harga dan pelancaran antarabangsa dijangka diumumkan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) hujung tahun ini. Berikut spesifikasi ringkas CFMoto 750SR-S 2026:

  • Enjin 4-silinder 749cc DOHC 16 injap berkuasa 110hp @ 10,250rpm, dan tork 80Nm @ 9,000rpm
  • Transmisi klac manual 6-kelajuan dengan anjakan gear pantas Quickshifter (atas sahaja)
  • Sistem suspensi fork terbalik (USD) KYB di depan, dan monoshock boleh laras (belakang)
  • Brek Brembo M4.32 monobloc dengan ABS selekoh
  • Berat 213kg
  • Kapasiti tangki 17 liter
CFMoto 750SR-S 2026
CFMoto 750SR-S 2026
CFMoto 750SR-S 2026
CFMoto 750SR-S 2026
CFMoto 750SR-S 2026

SUMBER: CycleWorld

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: CF Moto, CF Moto 750SR-S, roda2, sportbike, Sportbike Middleweight

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev