• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!

August 13, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Yadea Velax

YADEA Malaysia baru-baru ini memperkenalkan skuter elektrik Yadea Velax di bilik pameran MForce Smartshop ke-17, Tat Kang Motor, di Pontian, Johor.

Yadea Velax dijual pada harga RM7,099, tidak termasuk cukai jalan dan insurans yang hadir dalam tiga warna pilihan: Blue (biru), Black (hitam) dan Grey (kelabu).

Prestasi & Bateri

Yadea Velax
Yadea Velax
Yadea Velax

Pembeli layak menerima rebat hingga RM2,400 di bawah program MARiiCas diperkenalkan Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai galakan penggunaan kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Yadea Velax dikuasakan motor elektrik 2,000W (maksimum 3,200W) dan tork 172Nm. Bateri litium-besi-fosfat (LFP) 72V30Ah membolehkan kelajuan maksimum62kmj dengan jarak tunggang sekitar 105km sekali cas penuh. Tempoh mengecas mengambil masa enam jam (0-80 peratus) dan lapan jam untuk penuh.

Rekabentuk, Dimensi

Yadea Velax
Yadea Velax
Yadea Velax

Yadea Velax memiliki dimensi panjang 1,944mm, lebar 704mm, dan tinggi 1,097mm, manakala jarak roda 1,331mm dan jarak tinggi bumi 145mm. Tinggi pelana 760mm dan berat 110kg (termasuk bateri).

Sistem suspensi menggunakan fork teleskopik di depan dan dwi-absorber (belakang), manakala bahagian roda dibalut tayar 90/90-14 di depan dan 100/90-14 (belakang) dengan rim sport.

Sistem brek jenis brek cakera dengan sistem brek kombi (CBS) pada kedua-dua roda, yang mengagihkan kuasa membrek antara roda depan dan belakang untuk kawalan lebih stabil.

Ciri Keselamatan, Ketahanan

Spesifikasi Yadea Velax

Dengan penarafan kalis air IPX7, motor dan bateri mampu beroperasi dalam air sedalam 1 meter selama 30 minit. Yadea Velax juga boleh meredah air sedalam 300mm.

Ciri lain diberikan ialah gear undur, dua mod tunggang: S (Sport), dan E (Eco), lampu LED penuh, lampu amaran dan suis keselamatan tongkat sisi.

Teknologi, Kemudahan

Skuter EV ini dibekalkan panel meter digital, port USB Type-A, dan ruang simpanan depan berserta bawah pelana, manakala aplikasi Yadea menyokong pemantauan pintar.

Waranti

Yadea Velax dipakejkan dengan waranti dua tahun atau 20,000km (mana satu tiba dulu) dan kemudahan pembelian alat ganti tulen secara dalam talian menerusi MForce Bike Holdings Sdn Bhd

Pada harga kompetitif, prestasi praktikal dan ciri mesra alam, Yadea Velax adalah pilihan ideal buat penunggang bandar yang mencari mobiliti pintar dan lestari.

Yadea Velax
Yadea Velax
Yadea Velax
Yadea Velax
Yadea Velax
Yadea Velax
Yadea Velax
Yadea Velax
Yadea Velax
Yadea Velax

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Kenderaan Elektrik (EV), Roda2 Tagged With: Institut Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), skuter elektrik, Skuter EV, Skuter murah, YADEA Malaysia, YADEA VELAX

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my