• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Sedan Coupe Elektrik, Mercedes-Benz CLA EQ 2025 Buka Pendaftaran di Malaysia

Sedan Coupe Elektrik, Mercedes-Benz CLA EQ 2025 Buka Pendaftaran di Malaysia

August 12, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Mercedes-Benz CLA EQ 2025

MERCEDES-BENZ Malaysia (MBM) membuka pendaftaran sedan coupe elektrik serba baharu, Mercedes-Benz CLA EQ 2025 kepada pembeli tempatan yang berminat.

Pelanggan berminat boleh ke laman web rasmi Mercedes-Benz Malaysia untuk lihat butiran sedan coupe EV itu, yang menggabungkan rekabentuk sporty, teknologi digital terkini dan prestasi mesra alam.

Rekanbentuk Luaran: Sporty, Aerodinamik

Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Mercedes-Benz CLA EQ 2025

Mercedes-Benz CLA EQ 2025 menampilkan gaya atletik memukau, jarak roda panjang, anjur (overhang) pendek dan rekabentuk belakang maskular.

Rekabentuk aerodinamik itu bukan sekadar cantik dipandang, tetapi juga menyumbang kepada kecekapan penggunaan tenaga.

Platform Elektrik Generasi Baharu

Arkitektur Modular Mercedes-Benz (Mercedes-Benz Modular Architecture, MMA)

Model kenderaan elektrik (EV) itu ialah pertama dibina berasaskan Arkitektur Modular Mercedes-Benz (Mercedes-Benz Modular Architecture, MMA) baharu yang menggabungkan teknologi bateri terkini, sistem 800V, dan unit pacuan elektrik (EDU) 2.0 untuk kecekapan maksimum.

Penggunaan tenaga dianggarkan sekitar 17.6 kWh per 100km dengan jarak pemanduan elektrik hingga 870km (mengikut ujian WLTP) dan pengecasan pantas (DC) lebih 320kW di stesen pengecas prestasi tinggi (HPC).

Kabin Premium, Digital

Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Kabin Mercedes Benz CLA EQ 2025

Ruang kabin Mercedes-Benz CLA EQ 2025 menawarkan pengalaman pemanduan mewah moden dengan unit infotainmen MBUX Superscreen, kerusi sport baharu dan bumbung panoramik.

Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Mercedes-Benz CLA EQ 2025

Sistem operasi (OS) MB.OS baharu membolehkan kemas kini perisian atas talian (over-the-air), tempahan ciri tambahan secara atas permintaan (on-demand), dan interaksi pintar dengan pembantu virtual MBUX berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Siap Sedia Era Elektrifikasi

Dengan sifar emisi karbon dioksida (CO₂), rekabentuk bergaya dan teknologi terkini, Mercedes-Benz CLA EQ 2025 menandakan langkah besar Mercedes-Benz dalam dunia mobiliti elektrik. Pendaftaran minat kini dibuka melalui laman web rasmi Mercedes-Benz Malaysia.

SUMBER: Mercedes-BenzMalaysia

Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Mercedes-Benz CLA EQ 2025
Mercedes-Benz CLA EQ 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Kenderaan Elektrik (EV), Mercedes-Benz CLA EQ, Mercedes-Benz CLA EQ 2025, Mercedes-Benz Malaysia, Roda4, Sedan Coupe

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev