• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ford Rancang Trak Pikap Elektrik Mampu Milik Sepantas Mustang

Ford Rancang Trak Pikap Elektrik Mampu Milik Sepantas Mustang

August 12, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Trak pikap EV Ford mampu milik

FORD mengumumkan pelan membangunkan trak pikap elektrik baharu berharga sekitar AS$30,000 (anggaran RM140,000) yang dikatakan sepantas Mustang EcoBoost dan mampu mencapai 0-100kmj sepantas bawah 5 saat.

Trak pikap 4-pintu saiz sederhana itu akan digabungkan dengan Platform Kenderaan Elektrik Universal (Universal Electric Vehicle Platform, UEVP) buatan Ford.

Revolusi Pengeluaran EV

Ford Universal EV Production System (UEPS)

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ford, Jim Farley memperkenalkan Sistem Pengeluaran EV Universal Ford (Universal EV Production System, UEPS), iaitu sistem pemasangan generasi baharu khusus untuk kenderaan elektrik (EV).

Sistem itu menggunakan tiga laluan subpemasangan yang berjalan selari sebelum digabungkan, sekali gus mempercepat proses dan memudahkan kerja pemasangan.

Model Pertama: Trak EV Serba Baharu

Ford Universal EV Platform (UEVP)
Ford EV Architecture

Trak pikap EV serba baharu itu membolehkan pengeluaran pelbagai model EV secara lebih efisien dengan platform tersebut menggunakan bateri litium-besi-fosfat (LFP) yang menawarkan nisbah prestasi kepada kos lebih baik.

Model EV itu akan dibina di kilang Ford di Louisville, yang kini menghasilkan Ford Expedition, F-250 dan Lincoln Navigator.

Sasaran, Peluang Pekerjaan

Pengeluaran dijadual bermula pada 2027 dan dijangka mewujudkan kira-kira 4,000 peluang pekerjaan. Model itu dijangka membawa gabungan harga mampu milik, prestasi tinggi dan keseronokan pemanduan untuk pasaran EV global.

SUMBER: TopGear

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: electric vehicle, Ford, Ford Electric Vehicle, Ford elektrik, pickup truck, Trak pikap, Trak Pikap Elektrik, Trak Pikap EV

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev