• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kali Pertama Memandu di Malaysia, Lelaki Indonesia Kagum Lebuhraya Pan Borneo Tiada Tol

Kali Pertama Memandu di Malaysia, Lelaki Indonesia Kagum Lebuhraya Pan Borneo Tiada Tol

August 12, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Pemandu Indonesia kagum jalan Malaysia ketika memandu di Lebuhraya Pan Borneo

SEORANG pemuda dari negara jiran, Indonesia berkongsi pengalaman memandu sendiri di Malaysia buat kali pertama, dan mengakui kagum dengan beberapa perkara yang dianggapnya luar biasa.

Melalui perkongsian di Instagram @urrofi, dia menceritakan perjalanan overland Borneo 360 yang menghubungkan Indonesia, Malaysia dan Brunei. Pada mula, niatnya sekadar menikmati pemandangan dan suasana santai, tetapi Malaysia membuatkan dia 'terpaku'.

Empat Perkara Mengejutkan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by URROFI (@urrofi)

Berikut pendapat Urrofi mengenai pengalaman memandu di Borneo Malaysia.

  • Kualiti Jalan Raya - Permukaan jalan di Malaysia rata, bebas lubang dan selamat dilalui tanpa cerun ekstrem.
  • Harga Minyak Petrol - Jauh lebih murah berbanding di Indonesia.
  • Lebuh Raya Tanpa Tol - Lebuhraya Pan Borneo sepanjang lebih 2,000km boleh diakses tanpa tol.
  • Etika Pemandu - Pemandu Malaysia tidak memonopoli lorong kanan, sabar beratur dan peka dengan keadaan sekeliling.
Pemandu Indonesia kagum jalan Malaysia ketika memandu di Lebuhraya Pan Borneo
Pemandu Indonesia kagum jalan Malaysia ketika memandu di Lebuhraya Pan Borneo

Menurutnya, suasana itu memberi rasa selamat dan tenang ketika memandu, dan dia sempat membayangkan betapa baik jika keadaan sebegitu dapat dinikmati di Indonesia.

Kisah tersebut turut menarik perhatian warga Indonesia lain yang rata-ratanya mengakui perbezaan ketara dari segi infrastruktur dan sikap pemandu kedua-dua negara. Ramai berharap perubahan positif akan berlaku pada masa depan.

SUMBER: IG Urrofi

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: autotainment, Lebuhraya Pan Borneo, lelaki indonesia, memandu di Malaysia, overlander, pan borneo highway, Pempengaruh

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
    Mitsubishi Destinator 2026 Raih 5-Bintang Asean NCAP 2025!
  • Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
    Tempahan Proton Saga 2026 Serba Baharu Kini Dibuka, Harga Mula RM40k!
  • BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
    BYD Shark 6 Bakal Lancar di Malaysia? Trak Pikap Pertama Guna Petrol dengan Teknologi PHEV!
  • #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?
    #TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my