• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Geely Lancar 11 Satelit Baharu!

Geely Lancar 11 Satelit Baharu!

August 11, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

Geely lancar 11 satelit baharu

INI satu pencapaian luar biasa, ketika pengeluar kenderaan menawarkan produk untuk darat, air dan udara, Geely Holding Group terbang lebih tinggi, iaitu di angkasa!

Pada 11 Ogos 2025, Geely Holding Group mencatat satu lagi kejayaan penting menerusi pelancaran 11 satelit terbaharu bagi satah orbit keempat dalam Geely Future Mobility Constellation, yang juga dikenali sebagai GEESATCOM.

Satelit Geely, GEESATCOM
Peluncuran satelit Geely pada 9 Ogos 2025
Satelit Geely, GEESATCOM

Pelancaran itu berlangsung pada 9 Ogos 2025, jam 12:31 pagi waktu Beijing, dari perairan berhampiran Rizhao, dalam Wilayah Shandong, China.

Semua satelit berjaya ditempatkan di orbit masing-masing dan beroperasi seperti biasa, menandakan kemajuan ketara dalam visi Geely membina ekosistem mobiliti bersepadu antara angkasa dan bumi.

Satelit GEESATCOM

Projek GEESATCOM dibangunkan dan dikendalikan sepenuhnya subsidiari aeroangkasa komersial Geely Holding Group, Geespace.

Terdahulu, Geespace berjaya melaksanakan tiga penempatan orbit pada 2022 dan 2024. Dengan pelancaran terbaharu itu, Geespace kini mengendalikan sejumlah 41 satelit di orbit, sekali gus memperluas keupayaan liputan global secara berterusan.

Sasaran awal fasa pertama adalah menempatkan 72 satelit, yang dijangka siap menjelang akhir 2025. Dalam tempoh dua bulan akan datang, Geespace merancang untuk mempercepat penempatan hingga mencapai 64 satelit beroperasi, memastikan liputan Internet benda (IoT) satelit global yang komprehensif, kecuali di kawasan kutub.

Peranan Satelit LEO dalam Industri Automotif

Logo Geespace

Komunikasi satelit orbit rendah bumi (LEO) kini memainkan peranan penting dalam mengubah industri strategik, termasuk kenderaan terhubung (connected vehicles), mobiliti udara bandar, tindak balas kecemasan, operasi maritim, dan infrastruktur tenaga.

GEESATCOM menerajui dalam aplikasi bersepadu yang menghubungkan kenderaan darat, pesawat altitud rendah, peralatan pembinaan dan kapal maritim ke rangkaian satelit.

Ini mewujudkan asas IoT satelit global yang sentiasa terhubung (always-connected), menyediakan perkhidmatan komunikasi yang sangat boleh dipercayai dan liputan luas kepada pengguna di seluruh dunia. Beberapa pencapaian dan kerjasama GEESATCOM termasuk:

  • Kerjasama Antarabangsa: Jalinan perkongsian dengan pengendali telekomunikasi di lebih 20 negara, termasuk di Timur Tengah, Asia Tenggara, Afrika, dan Amerika Latin.
  • Kejayaan Ujian Komersial: Mencatat kadar kejayaan 99.15% dan ketersediaan rangkaian melebihi 99.97% dalam ujian komersial.

Meningkatkan Keselamatan dan Kemudahan Pemanduan

Geespace memanfaatkan komunikasi IoT satelit dan teknologi penentuan kedudukan berketepatan tinggi (precision positioning) untuk meningkatkan automasi dan kesalinghubungan kenderaan.

Infrastruktur satelit itu menyediakan sokongan data kritikal untuk sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) dan platform kenderaan terhubung, sekali gus meningkatkan keselamatan dan kemudahan perjalanan dengan ketara.

Inovasi dalam komponen satelit adalah seperti:

  • Cip Komunikasi Satelit: Pengkomersialan cip komunikasi satelit proprietari Geespace.
  • Modul Penentuan Kedudukan: Pengkomersialan modul penentuan kedudukan berketepatan tinggi.
  • Pengeluaran Massa: Terminal satelit yang dipasang pada kenderaan dan sistem penentuan kedudukan bersepadu kini berada dalam pengeluaran besar-besaran di seluruh portfolio Geely Holding.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Geely, Geely Future Mobility Constellation, Geely Holding Group, GEESATCOM, Geespace

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my