• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pusingan 3 TGR Vios Challenge 2025 Tamat dengan Aksi Sengit

Pusingan 3 TGR Vios Challenge 2025 Tamat dengan Aksi Sengit

August 11, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter


PERLUMBAAN 1 Pusingan 3 Toyota GAZOO Racing (TGR) Vios Challenge 2025 menyajikan aksi penuh debaran di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sepanjang 5.543km, dengan saingan sengit tanpa henti merentasi semua kategori:

  • Super Sporting Class (profesional)
  • Sporting Class (amatur)
  • Rookie Class

Amer Harris (KMS 333 Motorsports)

Dalam Super Sporting Class, Amer Harris (KMS 333 Motorsports) kembali menguasai perlumbaan dari petak utama hingga ke garisan penamat. Beliau mengekalkan kedudukan walaupun berdepan masalah transmisi.

Amer menamatkan perlumbaan hanya sesaat di depan Aman Nagdev (Axle Sports), manakala Freddie Ang (Telagamas Toyota) pula melengkapkan podium ketiga.

Drama Sporting Class Hingga Pusingan Terakhir

Jwan Hii (Hong Huat X Armada KK Racing)

Sporting Class menyaksikan empat pelumba bergilir-gilir mendahului, Datuk Dr Ken Foo (Kulim Topwheels), Nick THZ (Sokudo Racing by ES Yang), Justin Toh (BAE Racing by ES Yang) dan Jwan Hii (Hong Huat X Armada KK Racing).

Pertembungan Justin dan Nick pada pusingan ke-12 membuka peluang kepada Ken dan Jwan, sebelum Jwan memenangi perlumbaan pada pusingan terakhir. Taj Izrin Aiman (Saksama Motorsports) meraih tempat kedua selepas Justin disingkirkan, manakala Ken, ketiga.

Rookie Class Dikuasai Harkiesh Geeva

TGR Vios 2025 S8R3 2

Rookie Class dikuasai Harkiesh Geeva yang menang dari petak utama, 13 saat di depan Ian James (kedua), dan Justin Rahul Dev (ketiga). Harkiesh turut mencatat kedudukan keseluruhan di tempat ke-20.

Keputusan Rasmi Pusingan 3, Perlumbaan 1

TGR Vios 2025 S8R3 6

i. Super Sporting Class

  • Amer Harris - KMS 333 Motorsports
  • Aman Nagdev - Axle Sports
  • Freddie Ang - Telagamas Toyota

ii. Sporting Class

  • Jwan Hii - Hong Huat X Armada KK Racing
  • Taj Izrin Aiman - Saksama Motorsports
  • Datuk Dr Ken Foo - Kulim Topwheels

iii. Rookie Class

  • Harkiesh Geeva
  • Ian James
  • Justin Rahul Dev
TGR Vios 2025 S8R3 1
TGR Vios 2025 S8R3 2
TGR Vios 2025 S8R3 3
TGR Vios 2025 S8R3 4
TGR Vios 2025 S8R3 5
TGR Vios 2025 S8R3 6
TGR Vios 2025 S8R3 7

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Pusingan 3 TGR, sukan permotoran, TGR 2025, Toyota Gazoo Racing 2025, Toyota Vios

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev