• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / EON & Sahabat Autofest 2025 Kembali, Tawar Rebat Hingga RM40,000!

EON & Sahabat Autofest 2025 Kembali, Tawar Rebat Hingga RM40,000!

August 8, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

EON & Sahabat Autofest 2025

SUBSIDIARI DRB-Hicom, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON) melancarkan edisi kedua EON & Sahabat Autofest 2025 yang akan berlangsung bermula 8 hingga 10 Ogos bertempat di EON Glenmarie, Shah Alam.

Acara kali ini bukan sekadar karnival automotif biasa, tetapi pentas utama kepada EON untuk memperkenalkan identiti jenama baharu lebih moden dan menyeluruh yang disatukan di bawah satu visi dan slogan baharu. 'Semangat Memacu Aspirasi'.

Penjenamaan Baharu, Slogan Baharu

EON & Sahabat Autofest 2025
Logo EON & Sahabat Autofest 2025

Ini melambangkan komitmen EON dalam menyampaikan nilai melalui inovasi, servis dan akses mobiliti menyeluruh kepada pelanggan.

Berurusan dengan EON bukan hanya satu transaksi, tetapi permulaan hubungan jangka panjang yang dibina atas kepercayaan."  - Akkbar Danial, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad

Pengenalan itu seiring usaha EON untuk menstruktur semula semua platform, perkhidmatan dan cawangan di bawah satu jenama konsisten demi meningkatkan sinergi serta kepercayaan pengguna.

8 Zon Aktiviti: Automotif, Gaya Hidup dan Keluarga

EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025

EON & Sahabat Autofest 2025 menawarkan pengalaman menyeluruh menerusi lapan zon aktiviti:

  • Pameran jenama automotif seperti Proton, smart, Mitsubishi, Honda, Isuzu, Audi, Volkswagen dan Daihatsu
  • Penyelesaian kewangan dan perkhidmatan selepas jualan
  • Aktiviti gaya hidup untuk seisi keluarga
  • Pelanggan yang mendaftar awal berpeluang memenangi barangan eksklusif seperti Hot Wheels Proton Saga Edisi Ulang Tahun ke-40

Pinjaman Lulus 30 Minit, Rebat Hingga RM40k

EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025

Satu lagi keistimewaan EON & Sahabat Autofest 2025 ialah kemudahan pembiayaan segera menerusi platform digital Tras. Pengunjung boleh memandu uji pelbagai model, dan mendapat kelulusan pinjaman bank dalam masa 30 minit sahaja.

Tawaran promosi dan rebat eksklusif hingga RM40,000 juga disediakan bukan hanya di lokasi acara, tetapi turut sah di semua cawangan EON seluruh negara.

Bidaan Kenderaan Terpakai Secara Digital

EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025

EON & Sahabat Autofest 2025 memperkenalkan sistem 'Live Tender', iaitu proses bidaan berlangsung secara dalam talian untuk kenderaan terpakai yang disahkan dengan menawarkan proses digital telus dan terbuka kepada semua.

Zon Kanak-Kanak, Penampilan Istimewa

Kanak-kanak juga tidak dilupakan dengan zon interaktif yang menyediakan:

  • Stesen unboxing Hot Wheels
  • T-shirt DIY
  • Ruang mesra ibu bapa

Acara turut dimeriahkan penampilan selebriti politik Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan, serta legenda rali negara Karamjit Singh pada 9 Ogos. Penutup festival menyaksikan konsert mini pada 10 Ogos yang menampilkan penyanyi Nolee dan Aisha Retno.

EON & Sahabat Autofest 2025 bukan sekadar festival, tetapi simbol transformasi EON dalam menjadi rakan mobiliti moden yang lebih dekat dengan pelanggan daripada pembelian hingga pemilikan jangka panjang.

EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
EON & Sahabat Autofest 2025
Logo EON & Sahabat Autofest 2025

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, DRB-Hicom, Edaran Otomobil Nasional Berhad (EON), EON, EON & Sahabat Autofest 2025, Ketua Pegawai Eksekutif EON Berhad Akkbar Danial, pameran kereta

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
    Perodua Lancar Platform Digital Serba Lengkap - P-Circle Jadi Hab Gaya Hidup Mobiliti Baharu
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev