• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Penunggang Motosikal 'Naik Sheikh' Maki JPJ Sebab Disaman

Penunggang Motosikal 'Naik Sheikh' Maki JPJ Sebab Disaman

August 8, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

Lelaki maki JPJ sebab disaman

SEORANG penunggang motosikal mengamuk dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas disaman dalam satu operasi bersepadu di Plaza Tol Kemuning, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), malam tadi.

Insiden berlaku ketika JPJ Selangor menjalankan pemeriksaan ke atas 580 kenderaan.

Gelar JPJ Pencuri, Cabar Tindakan

Lelaki maki JPJ sebab disaman

Walaupun cuba ditenangkan, suspek terus memaki hamun anggota penguat kuasa dengan menggelar sebagai 'pencuri' serta mencabar jika ada berani menahannya. Situasi tegang itu akhirnya reda apabila individu terbabit beredar dari kawasan operasi.

Pengarah JPJ Selangor, Azrin Borhan berkata, 148 saman dikeluarkan daripada 580 kenderaan yang diperiksa dengan kesalahan paling tinggi tiada lesen memandu (76 kompaun). Kesalahan lain direkodkan:

  • Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh: 51 saman
  • Tiada insurans kenderaan: 49 saman
  • Tiada Lesen Kenderaan Barangan (GDL): 8 saman
  • Nombor pendaftaran diubah suai: 8 saman
  • Tiada nombor pendaftaran depan/belakang: 7 saman
  • Tiada cermin pembalik: 5 saman
  • Kesalahan teknikal lain: 10 saman

JPJ turut menyita lapan motosikal dan empat kereta, selain mengeluarkan 13 notis arah periksa, dan lapan notis larangan penggunaan kenderaan (PG3).

Kebanyakan yang kami tahan mengaku lupa perbaharui lesen kerana sibuk. Paling lama, kita kesan motosikal yang LKM-nya tamat tempoh lebih dua tahun."

- Azrin Borhan, Pengarah JPJ Selangor

3 Lelaki Ditahan AADK Positif Dadah

Dalam operasi sama, Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK) Petaling turut membuat saringan air kencing terhadap beberapa individu. Hasilnya, tiga lelaki tempatan berusia lingkungan 30 hingga 40 tahun didapati positif metamfetamin dan ditahan untuk siasatan lanjut.

JPJ mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memastikan lesen dan dokumen kenderaan dikemas kini, dan menjaga etika ketika berdepan penguat kuasa bagi mengelakkan tindakan undang-undang.

SUMBER: HarianMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ Selangor, operasi jpj

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda
    #TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda
  • Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
    Laluan LRT3 Shah Alam Mungkin Tangguh Hingga 31 Oktober 2025?
  • Nuna x BMW Lancar Tiga Stroler Bayi, Harga Mula RM2,699!
    Nuna x BMW Lancar Tiga Stroler Bayi, Harga Mula RM2,699!
  • Penunggang Motosikal 'Naik Sheikh' Maki JPJ Sebab Disaman
    Penunggang Motosikal 'Naik Sheikh' Maki JPJ Sebab Disaman

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev