• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Projek Rintis Sistem Tol ANPR Mula, Bayar Tanpa Henti di Mana-Mana Lorong Lebuhraya PLUS

Projek Rintis Sistem Tol ANPR Mula, Bayar Tanpa Henti di Mana-Mana Lorong Lebuhraya PLUS

August 7, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

PLUS mula projek rintis ANPR

PENGGUNA lebuh raya di Malaysia boleh menarik nafas lega dengan sistem pembayaran tol lebih lancar, fleksibel dan mesra pengguna yang semakin menjadi kenyataan apabila PLUS memperkenalkan sistem pengecaman nombor plat automatik (ANPR) sebagai langkah penting ke arah pelaksanaan sistem Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF).

Teknologi ANPR akan mengenal pasti nombor plat kenderaan secara automatik tanpa perlu berhenti di lorong tertentu dan pengguna bebas masuk mana-mana lorong tol, yang mana bayaran diproses secara digital tanpa perlu sentuh, dan tanpa berhenti.

Tiada Lorong Khas, Tiada Caj Tambahan, Tiada Kad Diperlukan

PLUS mula projek rintis ANPR
PLUS mula projek rintis ANPR

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sistem itu kini dilaksanakan secara rintis di laluan lebuh raya PLUS dari Hutan Kampung ke Sungai Dua,PLUS bermula Oktober ini, sebelum diperluas ke keseluruhan jajaran lebuh raya utama negara.

Saya sendiri uji sistem ni hari ini. Memang lancar dan pantas. Tiada caj tersembunyi, tiada keperluan untuk kad tambahan. Hanya perlu daftar atas talian dan terus boleh guna,” katanya selepas majlis taklimat dan demostrasi di Persada PLUS."

Arah Tuju Digitalisasi Lebuh Raya Malaysia

PLUS mula projek rintis ANPR
PLUS mula projek rintis ANPR

Projek rintis ANPR akan dilaksanakan terlebih dahulu di 13 plaza tol dan 35 lorong ujian di kawasan tertumpu seluruh negara yang turut menyokong pelbagai fungsi digital tambahan, seperti:

  • Pilihan pembayaran pelbagai e-dompet (e-wallet) dan kad
  • Paparan e-invois dan semakan transaksi
  • Kemudahan integrasi sistem mobiliti akan datang

Paling penting, sistem itu dibangunkan sepenuhnya pakar industri tempatan, tanpa sebarang kos tambahan kepada Kerajaan.

Daftar Sekarang, Guna Terus Oktober Nanti

Logo JustGo
Aplikasi JustGo

Penggunaan sistem ANPR memerlukan pengguna mendaftar secara dalam talian menerusi aplikasi PLUS JustGo Digital yang boleh dimuat turun di App Store atau Google Play yang memerlukan:

  • Butiran pengenalan diri
  • Nombor pendaftaran kenderaan
  • Pilihan kaedah pembayaran
PLUS mula projek rintis ANPR
PLUS mula projek rintis ANPR
PLUS mula projek rintis ANPR
PLUS mula projek rintis ANPR
PLUS mula projek rintis ANPR
PLUS mula projek rintis ANPR
PLUS mula projek rintis ANPR
PLUS mula projek rintis ANPR
PLUS mula projek rintis ANPR
PLUS mula projek rintis ANPR
Aplikasi JustGo
Logo JustGo

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Automated Number Plate Recognition (ANPR), Highway PLUS, Kementerian Kerja Raya (KKR), Lebuhraya PLUS, nombor plat, Persada PLUS

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my