• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ulat Teksi Seret Anggota JPJ Ketika Cuba Lari dari Pemeriksaan di KLIA2

Ulat Teksi Seret Anggota JPJ Ketika Cuba Lari dari Pemeriksaan di KLIA2

August 6, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

SEORANG anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) cedera diseret pemandu kereta sewa haram atau 'ulat teksi' yang cuba melarikan diri daripada pemeriksaan di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2, Ahad lalu.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, insiden berlaku ketika sepasukan anggota JPJ Selangor menjalankan pemantauan ke atas aktiviti ulat teksi di kawasan terminal.

Suspek dikesan sedang menghampiri beberapa individu dan berjaya memujuk seorang penumpang untuk menggunakan perkhidmatannya," katanya.

Penumpang tersebut diminta menunggu di Pintu 3, dan suspek mengambil kenderaan jenis Mitsubishi Xpander yang diparkir di Pintu 1.

Anggota Diseret, Cedera di Jalan

Pada jam 4.50 petang, anggota JPJ menghampiri dan memperkenalkan diri di pintu pemandu. Namun, suspek terus memecut dan menyeret anggota terbabit hingga mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan tangan dan lutut.

Laporan polis dibuat, dan suspek berusia lingkungan 30-an sudah ditahan serta direman dua hari untuk siasatan lanjut," kata Aedy Fadly.

Tindakan Melampau, JPJ dan Polis Tidak Akan Berkompromi

Insiden itu menunjukkan betapa berani pengendali perkhidmatan haram yang sanggup mencederakan anggota penguat kuasa bagi mengelak tindakan undang-undang. Perbuatan sedemikian bukan saja jenayah, tetapi mengancam nyawa petugas keselamatan dan pengguna awam.

JPJ dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan komitmen untuk membanteras aktiviti ulat teksi, terutama di kawasan berisiko tinggi seperti lapangan terbang.

Orang awam juga disaran hanya menggunakan perkhidmatan pengangkutan sah yang berdaftar demi keselamatan dan perlindungan insurans.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Teksi Haram KLIA2, ulat e-hailing, Ulat Teksi, Ulat Teksi KLIA

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?
    #BikinMotorLaju: [SIRI 1] Ubah Sproket - Mahu Pikap atau Laju?

PANDU UJI

#PanduUji: Proton X50 2025 Sesuai Ke Jadi Kereta Pertama Kalau Baru Dapat Lesen?

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev