• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MG Motor Malaysia Lancar Pameran Sulung di Johor Bahru, Boleh Pandu Uji dan Tawaran Eksklusif!

MG Motor Malaysia Lancar Pameran Sulung di Johor Bahru, Boleh Pandu Uji dan Tawaran Eksklusif!

August 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

MG Motor Malaysia membawa jenama British penuh gaya dengan teknologi pintar itu terus ke Selatan tanah air melalui pameran sulung ‘Dare to Love’ yang akan berlangsung 6 hingga 10 Ogos 2025 di North Court, Ground Floor, The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

Pameran jam 10 pagi hingga 10 malam itu menjanjikan pengalaman automotif menyeluruh kepada pengunjung di Johor dan sekitar.

Barisan Model Menarik dan Pandu Uji Langsung

Antara model dipamerkan ialah:

  • MG5: Sedan bergaya dengan nilai hebat
  • MGS5 EV: Kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik serba moden
  • MG Cyberster: Roadster elektrik ikonik yang mencuri perhatian

Pengunjung juga boleh memandu uji sendiri model MG seperti:

  • MG5
  • MG4
  • MG HS
  • MGS5 EV
  • MG Cyberster

Hadiah Eksklusif, Pakej Istimewa MG Cyberster

Tempahan MG Cyberster sepanjang pameran dan nikmati:

  • Pengecasan tanpa had selama 1 tahun (JomCharge + AutoCharge)
  • Pengecas dinding AC Wallbox 7kW percuma
  • Model diecast MG Cyberster edisi eksklusif dan terhad

Tawaran Hebat Model MG Sepanjang Acara

Sempena pameran itu, MG Motor Malaysia turut menawarkan:

  • MGS5 EV bermula RM109,900 (49kWh)
  • RM119,900 untuk varian Long Range (62kWh)
  • Rebat tunai hingga RM7,000 untuk MG5
  • Pelan pemilikan fleksibel MG4 dengan ansuran serendah RM974 sebulan

‘Dare to Love’: Rasai Sendiri Kenapa MG Lain daripada Lain

Pameran itu bukan sekadar sesi promosi, tetapi peluang untuk orang ramai merasai sendiri teknologi, rekabentuk dan prestasi model MG dalam suasana santai dan mesra.

Sama ada anda peminat EV, pencipta gaya, atau pemburu tawaran hebat, inilah masa terbaik untuk kenali MG lebih dekat.

MG Kini Lebih Dekat dengan Anda di Selatan

Pameran ‘Dare to Love’ menandakan komitmen MG Motor Malaysia untuk mendekatkan jenama itu kepada rakyat Malaysia, terutama di selatan tanah air.

Dengan pelbagai model, promosi hebat dan pengalaman pandu uji di lokasi, inilah masa terbaik merasai sendiri apa yang membuatkan MG unik dan menyerlah dalam dunia automotif moden.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Kenderaan Elektrik (EV), Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Dare to Love, Johor Bahru, MG Motor Malaysia

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
    GAC Malaysia Umum Datuk Remy Ishak Jadi Duta Baharu!
  • JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
    JAECOO E5 2025 Lancar di UK dengan Jarak Pandu 399km, Bakal Masuk Malaysia?
  • JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor
    JPJ Buka Bidaan Nombor Plat 'SIS' Sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev