• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Harley-Davidson Anjur 'National Harley Day’ di Malaysia Tahun Ini, Sumbang Tabung Helmet Kanak-Kanak

Harley-Davidson Anjur 'National Harley Day’ di Malaysia Tahun Ini, Sumbang Tabung Helmet Kanak-Kanak

August 5, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

National Harley Day 2025 United We Ride

HARLEY-Davidson menyeru seluruh komuniti penunggang Harley di Malaysia sama ada berpengalaman atau baharu turun padang menyambut acara 'United We Ride - National Harley Day' pada 6 September 2025.

Acara tahunan yang berlangsung serentak di pasaran Asia Emerging Markets (AEM) itu bukan sekadar konvoi motosikal, sebaliknya sambutan semangat kebebasan, persaudaraan dan komuniti yang menjadi identiti Harley-Davidson selama ini.

Acara dengan Misi Kebajikan

Logo Harley-Davidson
United We Ride - Harley Davidson

 

Pada tahun ini, Harley-Davidson AEM berkolaborasi dengan inisiatif Helmet Heroes Thailand bagi meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya untuk kanak-kanak.

Setiap kilometer akan menyumbang kepada tabung pembelian helmet untuk kanak-kanak berusia enam tahun ke atas di Thailand, yang juga negara dengan motosikal sebagai pengangkutan utama.

Poster 'United We Ride' - Harley Davidson AEM

Berikut maklumat acara tersebut:

  • Tarikh: 6 September 2025
  • Laman web rasmi: https://www.unitedwerideasia.com/

Pendaftaran dan maklumat laluan boleh rujuk pengedar Harley-Davidson berhampiran. Penunggang juga boleh membuat sumbangan derma secara terus menerusi laman rasmi atau ketika pendaftaran.

Komuniti Lebih Kuat Jika Bersatu

Sama ada menunggang solo, konvoi kelab, atau bersama ahli Harley Owners Group (H.O.G.), anda dijemput menyertai acara tersebut. Ini peluang untuk memperkukuh semangat komuniti dan pada masa sama menyumbang ke arah perubahan bermakna.

Ikuti maklumat acara berkenaan di laman web www.harley-davidson.com atau lama Facebook Harley-Davidson of Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Asia Emerging Markets (AEM), Auto Terkini, cruiser, Harley-Davidson, Harley-Davidson AEM, harley-davidson united we ride, Helmet Heroes Thailand, national harley day', United We Ride - National Harley Day

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
    BUDI95: JPJ Lanjut Operasi Kaunter Hujung Minggu Seluruh Malaysia
  • AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish
    AEON Credit Taja Slot Wildcard Moto3 untuk Hakim Danish

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev