• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Nafi Iklan Lesen 'Kopi-O' Guna Gambar Menteri

JPJ Nafi Iklan Lesen 'Kopi-O' Guna Gambar Menteri

August 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Iklan lesen kopi-0 guna muka menteri disahkan palsu

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan sekerasnya kesahihan iklan lesen memandu tanpa latihan dan ujian, atau lebih dikenali sebagai lesen 'kopi-O', yang tular di media sosial, baru-baru ini.

JPJ dalam kenyataan rasmi mengesahkan sudah menerima aduan berhubung iklan palsu tersebut, disebarkan akaun media sosial milik sebuah sekolah memandu, yang kononnya menawarkan lesen sah tanpa perlu menghadiri ujian memandu.

Guna Gambar Menteri Pengangkutan untuk Pancing Mangsa

Lebih membimbangkan, iklan tersebut menggunakan gambar Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, dipercayai bertujuan memancing kepercayaan orang ramai.

JPJ menegaskan iklan dan akaun tersebut adalah palsu."

Jangan Mudah Terpedaya, Ini Modus Operandi Scammer!

JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya:

  • Tidak mudah percaya promosi lesen tanpa ujian
  • Sentiasa semak sumber iklan
  • Rujuk saluran rasmi JPJ untuk pengesahan

Rujukan dan Aduan Rasmi

Jika anda menerima iklan meragukan mengenai lesen memandu sila:

  • Layari Portal Aduan Rasmi JPJ di https://jpj.spab.gov.my
  • Hubungi pejabat JPJ berdekatan untuk pertanyaan lanjut

Jangan jadi mangsa penipuan, semak dulu sebelum percaya," kata JPJ

Jangan Tertipu, Lesen Memandu Mesti Ikut Prosedur Sah

JPJ mengingatkan orang ramai, lesen memandu sah hanya boleh diperoleh melalui saluran latihan, ujian dan agensi berdaftar diiktiraf.

Tawaran seperti lesen 'kopi-O' bukan sahaja menyalahi undang-undang dan boleh mendatangkan risiko keselamatan kepada pengguna jalan raya lain.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), Lesen Kopi-O, Lesen Memandu Kopi-0, lesen memandu Malaysia (LMM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my