• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOF: Perincian Penuh Penyelarasan Subsidi RON95 Umum Akhir September

MOF: Perincian Penuh Penyelarasan Subsidi RON95 Umum Akhir September

August 5, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

PMX umum turun harga petrol RON95 RM1.99 seliter

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) memaklumkan perincian penuh pelaksanaan penyasaran semula subsidi petrol RON95 akan diumumkan menjelang akhir September 2025, selaras pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 23 Julai lalu.

Menurut MOF, Kerajaan kini sedang membangunkan dan menguji mekanisme penyasaran subsidi bagi memastikan beroperasi lancar dan efisien apabila mula dilaksanakan kelak.

Antara agensi yang terlibat dalam proses pemanduan data:

  • Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)

Kerajaan sedang memperhalusi data bagi memastikan pendekatan subsidi itu benar-benar menyeluruh dan meliputi kelompok sasar." kata MOF dalam jawapan bertulis di portal rasmi Dewan Rakyat.

Subsidi RON95 Guna MyKad, Harga RM1.99 Seliter

Pelaksanaan subsidi bersasar itu akan melibatkan penggunaan MyKad sebagai pengesahan kelayakan. Berdasarkan pelan semasa:

  • Rakyat Malaysia yang layak akan menikmati harga RON95 pada RM1.99 seliter
  • Individu tidak layak, termasuk bukan warganegara, perlu bayar harga pasaran tanpa subsidi

Penyampaian Subsidi Lebih Tepat, Lebih Adil

Langkah Kerajaan mensasarkan semula subsidi RON95 menandakan reformasi penting dalam sistem bantuan bersubsidi, bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak menerima manfaat.

Pendekatan baharu itu juga menunjukkan kesungguhan Kerajaan dalam membina ekosistem subsidi yang lebih cekap, telus dan berasaskan data, selain mengurangkan ketirisan melibatkan pengguna tidak layak termasuk warga asing.

Dengan pelaksanaan mekanisme subsidi menggunakan MyKad, Kerajaan dapat menyampaikan bantuan secara automatik dan berkesan, selari aspirasi transformasi digital sektor awam.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Kementerian Kewangan (MOF), Mekanisme Bahan Api Subsidi Bersasar, Petrol RON95, Ron95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

Cabaran pandu uji Chery Tiggo PHEV sejauh 1,200km

#PanduUji: Chery Tiggo 8 PHEV, Tiggo 7 PHEV Langsai 1,200km Setangki Minyak Penuh!

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my