• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / MOT: Tiada Lagi Nombor Plat Khas untuk NGO, Individu atau Syarikat!

MOT: Tiada Lagi Nombor Plat Khas untuk NGO, Individu atau Syarikat!

August 4, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

KEMENTERIAN Pengangkutan (MOT) menegaskan tidak lagi meluluskan sebarang permohonan pengeluaran atau penjualan nombor pendaftaran khas (NPK) kepada mana-mana individu, syarikat korporat atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Perkara itu dimaklumkan Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah dalam sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Nombor Plat Khas Komersial Dihentikan Sejak 2022

Hasbi bekrata, langkah itu selaras keputusan Jemaah Menteri pada 17 Ogos 2022, yang menetapkan dasar larangan terhadap kelulusan NPK untuk tujuan komersial atau menjana keuntungan.

Kementerian tidak lagi membenarkan pengeluaran nombor plat khas kepada NGO atau syarikat korporat, termasuk untuk tujuan perniagaan yang menjana keuntungan pihak terbabit," katanya.

RM110 Juta Dikutip Melalui Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI)

Walaupun penjualan NPK dihentikan, sistem bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) melalui platform JPJeBid masih diteruskan.

Berikut hasil jualan diperoleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ):

  • RM110,069,150 dikutip sejak NPI diperkenalkan pada 2023.
  • Hasil kutipan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.
  • Sebahagian besar hasil digunakan untuk program rakyat bawah Kerajaan Persekutuan.

Masalah JPJeBid? Kini Hampir Selesai

Menjawab soalan tambahan mengenai isu teknikal JPJeBid, Hasbi mengakui sistem bidaan dalam talian itu pernah menghadapi pelbagai masalah pada awal pelaksanaan.

Antara isu pernah timbul adalah:

  • Kesukaran log masuk
  • Gangguan sistem ketika tempoh bidaan
  • Kehilangan giliran saat akhir

Memang pada awalnya banyak masalah berlaku tapi sekarang kita dah berjaya selesaikan sebahagian besar isu teknikal itu. Masih ada sedikit (masalah) tetapi tidak meluas seperti dulu."

- Datuk Hasbi Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan

Apa Beza NPK dan NPi?

  • NPK: Dikeluarkan untuk NGO atau syarikat tertentu mengikut tema khas seperti G1M, VIP, PATRIOT (dihentikan sejak 2022)
  • NPI: Plat biasa, tetapi dibuka kepada umum untuk bidaan melalui JPJeBid (masih dibuka dan aktif)

Lebih Telus, Lebih Adil

Langkah menghentikan kelulusan NPK kepada pihak tertentu adalah selaras usaha Kerajaan memastikan ketelusan, mengelakkan penyalahgunaan sistem dan memastikan hasil diperoleh disalurkan terus untuk manfaat rakyat.

SUMBER: BeritaHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJeBid, Kementerian Pengangkutan (MOT), Mesyuarat Jemaah Menteri, Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI), nombor pendaftaran khas (NPK), Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
    MForce Lancar MFORCE OIL - Minyak Enjin Motosikal Sendiri Hasil Kolaborasi dengan Petronas
  • #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
    #ApaNakBuat: Bagaimanakah Isi Minyak Cara Jimat dan Klinikal? (Ikut Liter, Bukan RM)
  • Skuter SYM NAGA 155 dengan Rekabentuk Sisik Ular Lancar di Malaysia, Harga RM8,888
    Skuter SYM NAGA 155 dengan Rekabentuk Sisik Ular Lancar di Malaysia, Harga RM8,888
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev