• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / LRT3 Kini Siap 99.21 Peratus, Bakal Beroperasi Tidak Lama Lagi!

LRT3 Kini Siap 99.21 Peratus, Bakal Beroperasi Tidak Lama Lagi!

July 31, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

LRT3 sudah 93.3 peratus siap

PROJEK Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) yang menghubungkan Bandar Utama di Petaling Jaya ke Johan Setia di Klang kini sudah siap 99.21 peratus setakat 10 Julai lalu.

Walaupun beberapa komponen penting projek dikembalikan ke dalam pelan asal, Kerajaan masih menjimatkan hampir RM10 bilion berbanding kos asal yang sudah diluluskan.

Penjimatan Besar Perbelanjaan

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, jumlah kos terkini LRT3 ialah RM21.93 bilion, jauh lebih rendah daripada kos asal projek RM31.65 bilion ketika mula diperkenalkan pada 2015.

Penjimatan RM9.72 bilion itu dicapai hasil daripada penstrukturan semula projek pada 2018, yang ketika itu mengurangkan kos kepada RM16.63 bilion. Namun pada 2024, Kerajaan memutuskan mengembalikan beberapa komponen penting yang pernah digugurkan.

Apa Komponen Dikembalikan Semula?

Antara komponen penting yang sudah dikembalikan ialah:

  • 5 stesen tambahan
  • 7 set tren tiga gerabak
  • Naik taraf depot tren Johan Setia
  • 150 unit bas elektrik ulang-alik
  • Pembinaan 3 depot bas

Penambahan semula itu melibatkan kos tambahan RM5.3 bilion yang dianggap penting bagi memastikan liputan perkhidmatan lebih menyeluruh dan efisien untuk rakyat.

Kelewatan Disebabkan Pandemik

Loke turut menjelaskan kelewatan projek itu berpunca daripada pandemik Covid-19 yang melanda negara antara Mac 2020 hingga Oktober 2021.

Antara isu utama yang menjejaskan kelancaran projek adalah:

  • Kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir
  • Gangguan rantaian bekalan bahan binaan
  • Kelewatan kelulusan kemasukan pekerja asing, yang hanya dibuka semula pada November 2023
  • Kenaikan harga bahan binaan seperti simen dan besi

LRT3 Dijangka Beroperasi Tidak Lama Lagi

Walaupun berdepan cabaran besar, kemajuan kerja kini sudah menghampiri 100 peratus, sekali gus memberi harapan perkhidmatan LRT3 dapat dimulakan tidak lama lagi, sekali gus memberi manfaat besar kepada penduduk Lembah Klang, terutama dari Petaling Jaya ke Klang.

SUMBER: TheStar

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Anthony Loke Siew Fook, Auto Terkini, Kementerian Pengangkutan (MOT), Projek LRT3, Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), Tren LRT

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev