• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ Buka Bidaan Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan Baharu di Lima Negeri, Wilayah

JPJ Buka Bidaan Siri Nombor Pendaftaran Kenderaan Baharu di Lima Negeri, Wilayah

July 30, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

JPJ buka bidaan nombor pendafatan kenderaan baharu di lima kawasan

JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan siri baharu bidaan nombor pendaftaran kenderaan secara dalam talian melalui sistem JPJeBid bagi lima kawasan, iaitu Johor, Sabah, Sarawak, Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Berikut lima kawasan dengan nombor siri pendaftaran kenderaan baharu:

Johor - JYG

Bidaan nombor pendaftaran JYG

JPJ Negeri Johor membuka bidaan siri nombor pendaftaran JYG bermula 2 Ogos 2025 (Jumaat) dan akan ditutup pada 6 Ogos 2025 (Rabu), jam 10 malam.

Keputusan bidaan akan diumumkan pada 7 Ogos 2025 (Khamis).

Sabah - SMT

Bidaan nombor pendaftaran SMT

JPJ Negeri Sabah pula menawarkan siri SMT yang mula dibuka untuk bidaan pada 27 Julai 2025 (Ahad) dan akan berakhir pada 31 Julai 2025 (Khamis), jam 10 malam. Keputusan pemenang bidaan akan diumumkan pada 1 Ogos 2025 (Jumaat).

Sarawak - QDD

Bidaan nombor pendaftaran QDD

Siri nombor QDD ditawarkan JPJ Negeri Sarawak dengan pembukaan bidaan bermula 7 Ogos 2025 (Khamis) dan akan berakhir 11 Ogos 2025 (Isnin), jam 10 malam. Keputusan akan diumumkan pada 12 Ogos 2025 (Selasa).

Negeri Sembilan - NEH

Bidaan nombor pendaftaran NEH

Siri NEH akan dibuka untuk bidaan bermula 1 Ogos 2025 (Jumaat) dan akan ditutup pada 5 Ogos 2025 (Selasa), jam 10 malam. Keputusan akan diumumkan pada 6 Ogos 2025 (Rabu).

Wilayah Persekutan Kuala Lumpur - VPP

Bidaan nombor pendaftaran VPP

Siri VPP dibuka bidaan bermula 4 Ogos 2025 (Isnin) dan akan ditutup pada 8 Ogos 2025 (Jumaat), jam 10 malam. Keputusan pemenang bidaan akan diumumkan pada 9 Ogos 2025 (Sabtu).

Cara Bidaan

JPJeBid

Orang ramai yang berminat boleh membuat bidaan secara dalam talian melalui laman rasmi JPJeBid atau di aplikasi JPJeBid yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.

JPJ mengingatkan pembida supaya menyemak terlebih dahulu tarikh tutup setiap siri ditawarkan dan memastikan bidaan dilakukan sebelum waktu tamat bagi mengelakkan sebarang masalah.

Sistem JPJ eBID membolehkan bidaan nombor pendaftaran kenderaan dilakukan secara telus, tanpa perlu hadir ke pejabat JPJ, sekali gus memberikan lebih kemudahan kepada rakyat dalam urusan pendaftaran kenderaan.

SUMBER: FB JabatanPengangkutanJalanMalaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, bida nombor plat, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), JPJ Malaysia, JPJeBid

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
    #EICMA2025: Honda CB1000GT 2026, Touring Baharu Dengan Asas Hornet
  • EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
    EV Paling Murah di Pasaran Malaysia, Proton e.MAS 5 2026 Lancar, Harga Mula RM56,800
  • #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!
    #EICMA2025: Honda WN7, Motosikal EV Gaya Naked Dengan Jarak Lebih 140KM!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev