PENGELUAR kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dunia, BYD baru saja mencipta sejarah dengan menjadi pemgeluar automotif pertama dunia yang menghasilkan 13 juta unit kenderaan NEV.
Kereta ke-13 juta diwakili YANGWANG U7 yang siap pada 21 Julai. lalu Ini kejayaan besar buat BYD dan juga kemajuan penting dalam industri kenderaan tenaga baharu global.
Lapan Bulan Tingkatkan Pengeluaran

BYD sangat komited menghasilkan kereta elektrik sepenuhnya, sama ada elektrik tulen atau super hibrid (dengan Teknologi DM).
Pendekatan itu semakin digemari pengguna seluruh dunia yang mahukan teknologi lebih hijau. Menariknya, BYD hanya mengambil masa kira-kira lapan bulan untuk meningkatkan pengeluaran dari 10 juta kepada 13 juta unit NEV.
Sebagai perbandingan, BYD sebelum ini mengambil masa 13 tahun menghasilkan NEV yang pertama!
Jenama NEV Paling Laris

Pada penggal pertama 2025, BYD menjual 2,145,954 unit kenderaan NEV seluruh dunia yang meletakkkan jenama itu sebagai jenama NEV paling laris.
Sebanyak 470,086 unit kenderaan penumpang dan trak pikap dijual di luar negara dengan menunjukkan peningkatan jualan 128.5 peratus berbanding tahun lalu. Ini jelas menunjukkan BYD semakin diterima di peringkat antarabangsa.
YANGWANG U7 - Model ke-13 Juta
YANGWANG U7 (foto atas) ialah kereta yang menjadi simbol pencapaian 13 juta unit itu, dan kini sedang dihantar kepada pembeli di China.
U7 dilengkapi teknologi canggih seperti sistem kawalan badan pintar DiSus-Z (Yunnian-Z), platform e⁴, motor bertentangan melintang dan pembelokan roda belakang.
Semua ciri itu menjanjikan prestasi hebat, kestabilan luar biasa, pengendalian responsif, dan keselamatan tinggi, memberikan pemandu pengalaman memandu yang selesa dan terkawal.
YANGWANG ialah jenama mewah bawah BYD dan terus menunjukkan kemajuan dalam pasaran. Sejak dilancarkan, YANGWANG mendapat perhatian luas dari media dan pembeli, dengan jumlah penghantaran terkumpul kini melebihi 10,000 unit.
BYD ditubuhkan pada 1995 dan menjadi satu-satunya pengeluar NEV yang membangunkan semua komponen utamanya. Kejayaan 13 juta unit NEV itu adalah bukti komitmen BYD terhadap pembangunan lestari.
Sebagai pemimpin global dalam teknologi hijau, BYD mempunyai lebih 120,000 jurutera dan juruteknik serta memohon lebih 40 paten baharu setiap hari bekerja.
Pada 2020, BYD memperkenalkan Bateri Bilah (Blade Battery) yang menetapkan penanda aras baharu. Rekabentuk bateri rata dan segi empat tepat itu membantu penyejukan dan pemanasan lebih baik.
Bateri litium besi fosfat (LFP) itu tidak mengandungi kobalt sama sekali dan berjaya melepasi ujian tusukan, yang mana suhu bateri hanya sekitar 30-60°C tanpa asap atau api keluar.
Bateri bilah juga boleh dicas dan dinya hcas lebih 5,000 kali.
Leave a Reply