CASTROL Malaysia memperkenalkan dua produk baharu di bawah jenama Castrol CRB TURBOMAX seperti berikut:
- Castrol CRB TURBOMAX 10W-40 CK-4/E9
- Castrol CRB TURBOMAX 5W-40 CK-4/SN
Kedua-dua minyak enjin itu dibangunkan berasaskan teknologi Durashield™ yang direka khas untuk pelbagai jenis kenderaan komersial, daripada lori tugas berat hingga trak pikap dan van tugas ringan. Dengan perlindungan terhadap haba, enapan, dan haus, produk tersebut menjanjikan perlindungan 3X untuk enjin, walaupun dalam kondisi operasi mencabar.
1. Castrol CRB TURBOMAX 10W-40 CK-4/E9 - untuk Lori Tugas Berat

Minyak enjin separa sintetik ini sesuai untuk enjin diesel 4-lejang kelajuan tinggi dan menyokong pelbagai jenis bahan api. Ia juga serasi dengan sistem EGR (Exhaust Gas Recirculation).
Lori berat biasanya beroperasi dalam keadaan ekstrem: perjalanan jauh, beban berat dan cuaca tak menentu. Minyak enjin yang mampu tahan haba dan tekanan diperlukan untuk memastikan prestasi optimum.
Castrol CRB TURBOMAX 10W-40 CK-4/E9 dilengkapi Durashield™ Technology yang membantu:
- Kurangkan pembentukan haba berlebihan
- Cegah enapan berbahaya
- Lindungi komponen penting daripada kehausan
Hasilnya, enjin lebih tahan lama, dan operasi lebih lancar, manakala kos penyelenggaraan lebih rendah.
2. Castrol CRB TURBOMAX 5W-40 CK-4/SN - untuk Kenderaan Tugas Ringan
Untuk trak pikap, van dan trak ringan, Castrol CRB TURBOMAX 5W-40 CK-4/SN adalah pilihan ideal. Minyak enjin sintetik penuh itu direka khas untuk melindungi enjin turbo diesel dan petrol prestasi tinggi.
Kenderaan ringan sering terdedah kepada lalu lintas sesak, jalan kasar dan pemanduan jarak dekat yang semua itu memberi tekanan terhadap enjin. Minyak enjin berkenaan menawarkan perlindungan 3X terhadap:
- Pemecahan minyak akibat haba
- Pembentukan enapan
- Haus komponen utama enjin
Berdasarkan ujian makmal terbaharu, Castrol CRB TURBOMAX 5W-40 CK-4/SN menunjukkan 50 peratus perlindungan haus lebih baik berbanding had industri biasa. Ini memastikan jangka hayat enjin lebih panjang dan operasi lebih cekap.
Mesra Alam dan Cekap Bahan Api
Kedua-dua formulasi serasi dengan biodiesel yang menjadikan ia pilihan lebih mesra alam. Selain itu, prestasi pelinciran lancar membantu enjin kekal bersih dan boleh meningkatkan kecekapan penggunaan bahan api.
Perlindungan 3X merujuk kepada perlindungan terhadap haba, enapan dan haus.
Leave a Reply