• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kajian: Remaja Britain Tidak Mampu Bayar Lesen Memandu (Mahal Sangat!)

Kajian: Remaja Britain Tidak Mampu Bayar Lesen Memandu (Mahal Sangat!)

July 16, 2017 By Azhan O Leave a Comment

710
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENURUT satu kajian di Britain, jumlah remaja berusia 17 tahun yang mengambil ujian memandu di negara tersebut merosot kira-kira 100,000 orang sepanjang sedekad lalu. Kajian itu, yang dijalankan laman web pengguna automotif, Honest John, turut mendapati keseluruhan kalangan pengguna di bawah umur 25 tahun yang belajar memandu mengalami penurunan sebanyak 20 peratus.

Data diperoleh jelas menunjukkan antara punca utama angka-angka yang menjunam itu adalah disebabkan faktor kewangan. Golongan remaja bandar yang memandu sebuah hatchback kecil berharga £8,000 (RM44,837) perlu membayar jumlah pemilikan kereta mencecah £13,498 (RM75,652) bagi polisi insurans selama setahun. Sebaliknya, rakan seusia yang tinggal di kawasan pedalaman cuma perlu membayar £8,750 (RM49,041).

KENAIKAN INSURANS JADI PUNCA


Tambahan lagi, purata premium sudah meningkat kira-kira 8 peratus pada suku pertama 2017 berikutan kenaikan kos disebabkan Cukai Premium Insurans (IPT), di mana kadar polisi mendadak naik hingga 12 peratus sejak beberapa tahun lalu.

Selain kos insurans tinggi, warga Britain juga perlu membayar purata £1,529 (RM8,569) bagi mendapatkan lesen memandu yang memerlukan 47 jam pembelajaran dan latihan profesional untuk diselesaikan.

Orang muda terpaksa membayar mahal untuk memandu. 10 tahun lalu, seorang remaja 17 tahun akan terus mendaftar kelas memandu sebaik saja disahkan layak. Tetapi hari ini, kebanyakan orang muda, secara mudahnya, tidak berkemampuan untuk memandu"

- DANIEL POWELL, Editor Pengurusan Honest John

Menurut Powell, kenaikan IPT dan perubahan cara kiraan tuntutan kecederaan peribadi major turut membuatkan premium meningkat 8 peratus secara purata. Namun, bagi pemandu muda, kadar insurans adalah lebih tinggi.

MALAYSIA BAKAL HADAPI NASIB SAMA?

Sebenarnya liberalisasi polisi insurans di Britain adalah sama seperti apa yang baru saja dilaksanakan di Malaysia bermula Julai lalu. Ramai media dan profesional membincangkan kelebihan dan fleksibiliti polisi tersebut yang nampak lebih mesra kepada pemandu matang, berhemah dan mereka yang tinggal di pinggir bandar atau kampung.

Namun, dalam aspek tertentu, kalangan pemandu bandar dan golongan muda dilihat tidak banyak meraih manfaat daripada keterbukaan itu. Ini kerana premium insurans baharu kali ini ditentukan berasaskan risiko tempat tinggal dan faktor usia matang, termasuk rekod trafik.

Buktinya, bacalah fakta di Britain seperti di atas. Apakah Malaysia juga bakal mengalami kemerosotan golongan remaja yang mengambil lesen memandu dalam beberapa tahun akan datang? Apakah industri automotif tempatan terjejas?

SUMBER: Car Scoops

Related

710
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Cukap Premium Insurans (IPT), Honest John, kajian automotif

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev