• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / PMX Umum RON95 Turun kepada RM1.99 Seliter Menjelang Akhir September ini

PMX Umum RON95 Turun kepada RM1.99 Seliter Menjelang Akhir September ini

July 23, 2025 By Shazwan Hisam Leave a Comment

FacebookTwitter

PMX umum turun harga RON95 kepada 1.99 sen seliter
KERAJAAN memutuskan menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter menjelang akhir September ini sebagai sebahagian pelaksanaan penyasaran subsidi bahan api.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi siaran langsung program 'Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia' hari ini.

Anwar berkata, pelaksanaan penyasaran subsidi RON95 akan memastikan majoriti rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah dan sederhana, terus menikmati harga bahan api mampu milik.

Apa yang pasti, sepertimana pendekatan penyasaran subsidi elektrik, Kerajaan memberi jaminan rakyat biasa tidak akan terjejas. Bahkan sukacita saya umumkan harga petrol RON95 akan diturunkan untuk rakyat," katanya.

Langkah itu dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta pengguna jalan raya termasuk pemandu kereta, penunggang motosikal, golongan belia seawal usia 16 tahun dan pekerja ekonomi gig yang bergantung kepada pengangkutan sebagai sumber pendapatan harian.

Penyasaran Subsidi

Poster subsidi petrol RON95
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Anwar turut menjelaskan penyasaran subsidi penting bagi memastikan sumber kewangan negara digunakan lebih cekap dan saksama.

Pendekatan ini sejajar ikhtiar Kerajaan untuk mengoptimumkan sumber negara demi manfaat rakyat dan mengurangkan ketirisan serta pembaziran subsidi.

"Pada 2023 dan 2024, subsidi RON95 sahaja menelan hampir RM20 bilion setahun. Walaupun harga minyak dunia menurun, harga sebenar RON95 tanpa subsidi masih sekitar RM2.50 seliter;" katanya.

Kepada Rakyat Malaysia Sahaja

Kerajaan turut menegaskan warga asing tidak akan menikmati subsidi tersebut dan perlu membayar harga pasaran penuh bagi petrol RON95.

Langkah berkenaan dilihat inisiatif berani Kerajaan dalam mengimbangi keperluan rakyat dengan keperluan fiskal negara, sambil mengekalkan fokus terhadap kesejahteraan pengguna tempatan.

SUMBER: HMetro

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, ron 95, Subsidi Minyak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan
    MITI: Kerajaan Tidak Kawal Harga Kereta, Pasaran yang Tentukan

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev