• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Nissan Navara Stealth Untuk Afrika, Hitam Ganti Krom, Dari RM167 Ribu

Nissan Navara Stealth Untuk Afrika, Hitam Ganti Krom, Dari RM167 Ribu

July 22, 2025 By Abang Hirata Leave a Comment

FacebookTwitter

SETELAH hampir enam tahun tidak berada di pasaran, Nissan Navara Stealth kembali untuk menggegarkan pasaran bakkie (trak pikap) di Afrika. Model yang dihasilkan di Afrika Selatan ini dilancarkan semula dan langkah strategik penting dari Nissan.

Navara memang sudah lama dikenali sebagai penanda aras dalam aspek realibiliti, kepelbagaian penggunaan dan keupayaan di Afrika. Navara Stealth yang baharu ini meneruskan reputasi tersebut dengan penampilan lebih menyerlah.

Navara Stealth sesuai untuk pemandu yang mengharapkan lebih daripada trak pikap dwi-kab mereka.

Varian ini direka khas untuk pengguna yang memerlukan kenderaan serba boleh dari kesesakan lalu lintas pada hari bekerja, mengangkut barangan merentasi lebuh raya dan pergunungan pada hujung minggu, hinggalah kepada program santai atau berkelah pada hari cuti.

Dari segi susunan, Stealth berada di antara varian Navara LE dan PRO-4X. Harga permulaan Navara Stealth adalah dari R695,200 (kira-kira RM167,025).

Gaya Menyerlah

Nissan Navara Stealth terutama sekali berwarna putih tampil menyerlah. Ia tidak lagi menggunakan krom berkilat seperti Navara biasa, sebaliknya diganti dengan warna hitam kusam dan berkilat.

Antara ciri-ciri reka bentuk luaran yang menarik termasuk:

  • Rel bumbung, gril, perumah cermin sisi, pemegang pintu, dan pijakan sisi berwarna hitam pekat.
  • Tulisan Stealth yang menjadi ciri khas pada pintu dan pintu belakang.
  • Nudge bar (A-bar), sports bar dan rim aloi 17 inci.

Bahagian dalaman dibezakan dengan tempat duduk, panel pintu, dan tempat letak tangan bersalut kulit serba hitam. Ini memberikan Navara Stealth karakter agresif namun tetap mengekalkan ciri premium Navara yang ikonik.

Sistem multimedia:

  • Skrin infotainmen sentuh yang boleh dikonfigurasi dengan Android Auto dan Apple CarPlay, disambungkan kepada enam pembesar suara.
  • Port USB-C di bahagian depan dan belakang untuk mengecas peranti dengan lebih pantas.

Rangkaian Kuasa dan Suspensi

Stealth dibekalkan enjin diesel 2.5 liter DDTi yang menjana 190 ps dan 450 Nm tork, dipadankan dengan kotak gear automatik tujuh kelajuan. Tork maksimum dicapai pada 2,000 rpm, manakala kuasa enjin penuh pada 3,600 rpm.

Ini menghasilkan pemanduan yang berkuasa dan lancar walaupun di laluan bukit yang curam. Digabungkan dengan tangki 80 liter, penggunaan bahan api enjin yang relatif rendah membolehkan Stealth bergerak jauh, bahkan boleh melepasi kawasan Karoo (separa gurun/gersang) di Afrika dengan sekali isi penuh sahaja.

Satu ciri menarik ialah sistem suspensi belakang lima pautan bersama spring gegelung dan ciri standard pada Stealth berbanding spring daun yang biasa digunakan.

Damper kalibrasi baharu dengan lantunan semula yang pantas membolehkan suspensi belakang kembali ke kedudukan normal dengan lebih cepat selepas mampatan.

Perubahan ini memberikan Stealth keselesaan dan pengendalian yang unggul, serta dapat mengurangkan keletihan dengan ketara semasa perjalanan jauh atau di laluan yang kasar.

Komitmen Nissan Untuk Afrika

Pelancaran Stealth merupakan satu lagi pencapaian dalam usaha Nissan untuk memperkenalkan barisan produk yang kukuh dan disesuaikan untuk pelanggan di Afrika.

Ini adalah sebahagian daripada strategi produk menyeluruh Nissan di benua tersebut, di mana mereka baru-baru ini turut memperkenalkan Navara ke pasaran Mesir dan New Magnite ke Maghribi, selain model Warrior dan PRO-4X.

Stealth melambangkan komitmen Nissan untuk memenuhi keperluan pelanggan pada setiap peringkat.

Bagi Nissan Afrika Selatan, penghasilan Stealth membuktikan kilang Rosslyn mampu menukar model produksi dengan mudah mengikut keperluan pasaran Afrika, tanpa melambatkan masa pembuatan.

Fleksibiliti ini membolehkan pengeluaran memenuhi permintaan pelanggan dan mengembangkan peluang eksport baharu di Afrika Barat dan Timur.

Kredit gambar: Nissan

Nissan Navara Stealth 2025.01
Nissan Navara Stealth 2025.03
Nissan Navara Stealth 2025.02

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Nissan, Nissan Navara, Nissan Navara Stealth

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev