• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / SUV Segmen-D Premium, JAECOO J8 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM178.8k

SUV Segmen-D Premium, JAECOO J8 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM178.8k

July 18, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter


SELEPAS kejayaan model J7, OMODA | JAECOO Malaysia hari ini memperkenalkan model terbaharu, JAECOO J8 2025, iaitu kenderaan utilisi sukan (SUV) 6-kerusi yang direka khas untuk mereka yang mahukan gaya urban premium, kemudahan keluarga, dan keupayaan di pelbagai permukaan jalan.

Dengan tema 'Pengembaraan Lasak Kelas Pertama', JAECOO J8 2025 menggabungkan teknologi pintar, rekabentuk berani dan ciri keselamatan canggih dalam satu pakej serba lengkap, menjadikannya antara SUV paling versatil dalam pasaran semasa.

Varian, Harga, dan Waranti

  • JAECOO J8 2WD: RM178,800
  • JAECOO J8 AWD: RM198,800

Setiap pembelian juga dipakejkan dengan:

  • Waranti 7 tahun/150,000km
  • Waranti enjin 10 tahun/tanpa had batuan (untuk pembeli awal)
  • Perlindungan insurans percuma 1 tahun (tertakluk syarat)

Rekabentuk Premium, Gagah dan Aerodinamik

JAECOO J8 2025 di Malaysia

JAECOO J8 2025 menyerlah dengan dimensi panjang 4,820mm, lebar 1,930mm, dan tinggi 1,710mm, manakala jarak roda 2,820mm yang menghasilkan kabin luas dan selasa.

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia

Bahagian depan menampilkan gril 'Air Terjun' yang bukan sekadar gaya tetapi juga mengoptimum aliran udara ke ruang enjin. Garisan tegas, dan nisbah keemasan pada profil sisi, serta hendal pintu tersembunyi memberikan sentuhan futuristik dan aerodinamik.

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia

Melengkapkan penampilan luaran SUV itu ialah rim alot dwi-tona bersaiz 20 inci yang cukup bergaya di bandar dan cukup teguh di laluan lasak.

Prestasi Hebat, Keupayaan Jalan Lasak

JAECOO J8 2025 di Malaysia

Di bawah bonet, JAECOO J8 2025 dijana enjin petrol 4-silinder 2.0L turbo dengan output kuasa 183kW (kira-kira 245ps) dan tork 385Nm, digandingkan bersama transmisi automatik 8-kelajuan.

Ditawarkan dalam dua varian:

  • 2WD (pacuan dua roda) - 0-100kmj sepantas 8.8 saat
  • AWD (pacuan semua roda) - 0-100kmj sepantas 9.0 saat

SUV itu juga dilengkapi dengan sistem penvektoran tork pintar, JAECOO J8 2025 mampu menyesuaikan cengkaman mengikut permukaan jalan. Sistem suspensi Kawalan Peredam Berterusan (CDC) memberikan pengendalian lebih responsif dan selesa di mana-mana laluan.

Kabin Meriah, Teknologi Terkini

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia

Ruang kabin JAECOO J8 2025 menampilkan konfigurasi:

  • 2+2+2 kerusi (AWD)
  • 5 kerusi dengan ruang but ekstra (2WD)

JAECOO J8 2025 di Malaysia

Bahagian tengah papan pemuka dihiasi dwi-skrin 12.3 inci dengan sistem paparan dongak (HUD), berserta Apple Carplay dan Android Auto secara wayarles.

JAECOO J8 2025 di Malaysia

Ruang simpanan varian AWD menawarkan kapasiti 738 liter (kerusi belakang dilipat), manakala model 2WD mampu memberi ruang maksimum 2,021 liter yang sesuai untuk keluarga atau pengembara aktif.

Keselesaan Seperti Jet Bisnes

JAECOO J8 AWD menyediakan:

  • Kerusi Ratu (Queen Seat) dengan tempat letak kaki boleh laras
  • Kerusi duduk dengan ciri pemanas, pengudaraan, urutan dan memori (HVMM)
  • Siling mikroserat dan lampu kabin 256 warna
  • Konsol tengah besar dengan pengecas telefon wayarles 50W

Bagi penggemar audio, tersedia:

  • 12 pembesar suara (2WD)
  • 14 pembesar suara Sony, termasuk di penyandar kepala (AWD)

Ciri Keselamatan Termaju ADAS 2.5

JAECOO J8 2025 dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) 2.5 yang terdiri daripada:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Sistem Pemantau Pemandu (DMS)
  • Bantuan Tukar Lorong (LCA)
  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Sistem Parkir Automatik Penuh (AWD)
  • Brek 'by-wire' OneBox

 Dipasang CKD di Malaysia untuk Rakyat Malaysia

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia

JAECOO J8 2025 dihasilkan secara pemasangan tempatan (CKD) di kilang Chery Malaysia, Shah Alam bagi menyokong industri automotif tempatan sambil menjamin kualiti dan harga kompetitif untuk rakyat Malaysia.

Penyerahan JAECOO J8 AWD kepada pelanggan bermula Julai 2025, sebelum disusuli varian 2WD tidak lama selepas itu.

JAECOO J8 - SUV Terbaik untuk Pemandu Moden

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia

JAECOO J8 2025 bukan sekadar SUV, tetapi simbol gaya hidup moden, teknologi masa depan dan pengembaraan tanpa kompromi.

Pada harga mampu milik untuk apa ditawarkan, ditambah pula ciri premium dari segi keselesaan, keselamatan dan prestasi, model itu layak digelar antara SUV paling lengkap dan berbaloi dimiliki tahun ini.

JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
jaecoo-j8-malaysia-10
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
jaecoo-j8-malaysia-21
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia
JAECOO J8 2025 di Malaysia

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda4 Tagged With: Jaecoo J8, JAECOO Malaysia, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Roda4, SUV segmen-D

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda
    #TahukahAnda: Jangan Main Taruk! Ini Minyak Enjin Sintetik Paling ‘Pintar’ untuk Kereta Hibrid Anda
  • Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
    Litar Antarabangsa Sepang (SIC): Lokasi Terbaik untuk Hari Trek, Acara Korporat, dan Pelancaran Automotif
  • Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
    Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi
  • Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?
    Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev