• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / JPJ: Pemegang Lesen PSV, GDL yang Digantung Wajib Hadir Kursus Pemulihan November Ini

JPJ: Pemegang Lesen PSV, GDL yang Digantung Wajib Hadir Kursus Pemulihan November Ini

July 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Lesen memandu vokasional GDL, PSV
JABATAN Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan kursus pemulihan wajib kepada pemegang Lesen Vokasional PSV dan GDL yang digantung akibat kesalahan jalan raya bermula November 2025 sebagai sebahagian projek rintis keselamatan jalan raya.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kursus ini adalah syarat mandatori sebelum lesen pemanduan dipertimbang untuk dikembalikan kepada pemiliknya.

Latihan Pemulihan Sebelum Lesen Diperbaharui

Pemegang lesen digantung wajib hadir kursus pemulihan terlebih dahulu sebelum lesen diberikan semula.

Inisiatif itu sedang diperincikan bersama Kementerian Pengangkutan (MOT) dan akan bermula dalam bentuk projek rintis sebelum diperluas kepada semua kategori lesen vokasional.

PSV dan GDL Jadi Fokus Utama Fasa Pertama

Contoh lesen PSV, GDL

Sebagai permulaan, program itu melibatkan:

  • Lesen PSV: Pemandu bas ekspres, teksi, e-hailing dan pelancongan
  • Lesen GDL: Pemandu lori, trak barangan dan logistik

Kursus merangkumi topik seperti:

  • Peraturan jalan raya terkini
  • Tingkah laku profesional pemandu
  • Implikasi undang-undang dan keselamatan
  • Simulasi risiko dan pemanduan defensif

Langkah Tegas: Lesen Vokasional Digantung Jika Terlibat Kemalangan Serius

JPJ turut mengesahkan lesen vokasional akan digantung jika pemandu terlibat kemalangan serius, mengikut penilaian kes demi kes.

Ia bukan penggantungan serta-merta. Notis tunjuk sebab akan dikeluarkan dan pemandu akan dinilai sebelum tindakan lanjut diambil."

Setakat ini, lima pemandu sudah dikenakan penggantungan lesen PSV, tetapi tempoh penggantungan adalah sementara dan tertakluk peraturan sedia ada. Bagaimanapun, penggantungan tersebut tidak melibatkan lesen motosikal atau kereta persendirian.

Kursus Pemulihan Diperluaskan Pada Masa Akan Datang

JPJ menjangka kursus itu akan diperluaskan kepada pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk memastikan kesedaran keselamatan jalan raya dipertingkat secara menyeluruh, bukan hanya dalam sektor vokasional.

Kita mahu lahirkan pemandu beretika, profesional dan sentiasa sedar tanggungjawab mereka di jalan raya, bukan sekadar memiliki lesen."

Keselamatan Jalan Raya Tanggungjawab Bersama

Langkah proaktif JPJ itu menunjukkan keseriusan pihak berkuasa dalam menangani isu kemalangan melibatkan pemandu profesional.

Dengan pelaksanaan kursus pemulihan berkenaan, diharap dapat meningkatkan disiplin jalan raya dan menurunkan kadar kemalangan di Malaysia.

SUMBER: SinarHarian

Related

80
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Trak dan Lori Tagged With: Auto Terkini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kementerian Pengangkutan (MOT), kursus pemulihan wajib, Lesen Kenderaan Barangan (GDL), Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV), lesen memandu Malaysia (LMM)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev