• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

Pembinaan LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang Bermula Secara Rasmi

July 17, 2025 By Syafie Leave a Comment

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROJEK mega LRT Laluan Mutiara di Pulau Pinang kini memasuki fasa pembinaan selepas kontraktor utama, SRS Consortion Sdn Bhd (SRS) menerima notis mula kerja rasmi daripada MRT Corporation (MRTC) pada 15 Julai lalu.

Dengan pengeluaran notis itu, kerja-kerja awal seperti pemindahan utiliti, pelebaran jalan, cerucuk tanah dan penyediaan tapak bina akan dilaksanakan di sepanjang jajaran yang sudah diluluskan pihak berkuasa.

Laluan LRT Pertama Pulau Pinang, Fasa Pembinaan Kini Bermula

Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Chow Kon Yeow, menyifatkan permulaan pembinaan ini sebagai titik perubahan besar dalam landskap mobiliti dan ekonomi negeri.

Kita melaksanakan projek ini demi masa depan Pulau Pinang. Diharapkan rakyat dapat memberi kerjasama penuh sepanjang tempoh pelaksanaan projek yang dijangka siap sepenuhnya pada 2031.”

Perkembangan Terkini Projek LRT Laluan Mutiara

  • Tarikh Notis Mula Kerja: 15 Julai 2025
  • Kontraktor Utama: SRS Consortion Sdn Bhd
  • Pemilik Projek dan Aset: MRT Corporation (MRTC)
  • Kos Projek: RM10.5 bilion
  • Panjang Laluan: 29.5km
  • Jumlah Stesen: 21 termasuk satu stesen sementara di Pulau A, Tebus Guna Selatan

Projek ini sudah diluluskan Kabinet pada Mac 2024 dan dibiayai sepenuhnya Kerajaan Persekutuan sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam di wilayah utara Semenanjung.

Menanti Keputusan Tender Pakej Seterusnya

Selain pembinaan fizikal yang sudah bermula, kerajaan negeri turut menantikan keputusan tender bagi:

  • Pakej CMC2 (Macallum ke Penang Sentral)
  • Pakej Sistem Rel Laluan Mutiara

Untuk memastikan komunikasi berkesan dan maklum balas awam dapat diuruskan secara teus, satu platform komunikasi strategik dan talian maklum balas rasmi akan diumumkan dalam masa terdekat bagi memudahkan rakyat mengikuti perkembangan semua projek mega negeri.

Impak Besar Terhadap Infrastruktur, Ekonomi dan Kualiti Hidup

Projek LRT Laluan Mutiara dijangka memberi impak besar kepada infrastruktur dan ekonomi Pulau Pinang, selain:

  • Meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti rakyat
  • Mengurangkan kesesakan lalu lintas
  • Mencipta ribuan peluang pekerjaan
  • Menyokong pembangunan mampan Bandar Raya George Town dan sekitarnya

Pulau Pinang Ke Arah Masa Depan Lebih Maju

Dengan pembinaan yang sudah bermula, LRT Laluan Mutiara bakal menjadi pemacu utama pembangunan bandar dan ekonomi baharu bagi negeri ini.

Ia adalah satu lagi langkah progresif ke arah menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri pintar, mampan dan berdaya saing tinggi.

SUMBER: SinarHarian

Related

52
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, LRT Laluan Mutiara, MRT Corporation (MRTC), Pulau Pinang

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev