• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Set Tren ECRL Pertama Tiba Hujung Tahun Ini, Operasi Penuh Bermula 2026!

Set Tren ECRL Pertama Tiba Hujung Tahun Ini, Operasi Penuh Bermula 2026!

July 16, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter


PROJEK mega Laluan Rel Pantai Timut (ECRL) akan mencapai satu lagi pencapaian penting apabila dua set tren Electric Multiple Unit (EMU) dan dua unit lokomotif elektrik (E-Loco) pertama dijangka tiba di Malaysia hujung tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link (MRL), Datuk Seri Darwis Abdul Razak, memaklumkan tren-tren ini akan digunakan bagi tujuan ujian pentauliahan untuk perkhidmatan penumpang dan kargo yang dijadualkan bermula pada Jun 2026.

11 Tren Penumpang dan 20 Lokomotif Kargo Menjelang 2026

Menurut beliau, penghantaran seterusnya melibatkan 9 lagi set EMU (untuk penumpang) dan 18 lagi lokomotif elektrik (untuk kargo) yang akan diterima secara berperingkat dari April hingga Mei 2026.

Secara keseluruhan, kita akan ada 11 EMU untuk pengangkutan penumpang dan 20 lokomotif elektrik untuk perkhidmatan kargo bagi laluan ECRL.”

TVET dan ECRL: Sinergi Latihan Industri dan Masa Depan Tenaga Mahir

Dalam usaha memastikan kesinambungan tenaga kerja berkemahiran tinggi dalam sektor rel, MRL turut mengumumkan penghantaran 109 penuntut IPT ke Liuzhou, China untuk menjalani latihan industri menerusi Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) secara berperingkat antara Ogos hingga Oktober 2025.

  • Jaminan pekerjaan selepas tamat latihan
  • Gaji permulaan RM3,000

Sebelum ini, 101 pelajar daripada IPT seperti Politeknik dan MARA telah dihantar menjalani latihan yang sama pada bulan Mei lalu.

PSMZA juga bertuah kerana 60 pelajarnya terpilih menyertai PLKI-ECRL. Kerjasama antara institusi TVET dan industri adalah kunci untuk membentuk tenaga kerja masa depan yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing."

ECRL: Perjalanan Masa Depan Pantai Timur Semakin Hampir

Dengan ketibaan tren EMU dan lokomotif elektrik yang semakin hampir, projek ECRL yang menghubungkan Pantai Timur ke Lembah Klang kini semakin hampir menjadi realiti.

Ia bukan sahaja akan menjana impak ekonomi tetapi mencipta ribuan peluang pekerjaan dan menjadikan sistem pengangkutan negara lebih moden, cekap, dan lestari.

SUMBER: AstroAwani

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Laluan Rel Pantai Timut (ECRL), Malaysia Rail Link (MRL), Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL)

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
    Yamaha TMAX 560 25th Anniversary ABS 2026 Jepun Tampil Ciri Unik, Harga RM39.7k
  • EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
    EV Nasional Pertama Malaysia Perodua QV-E 2026 Lancar, Harga RM80k dengan Model Bateri 'Sewa'
  • DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
    DURABIO™ - Usaha Honda Untuk Alam Sekitar, Guna Pada Cermin Motosikal X-ADV, Fairing NT1100
  • Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!
    Honda Malaysia Rai Ulang Tahun ke-25 dengan Hadiah Bernilai hingga RM1 Juta!

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my