• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?

Bas Diesel Rapid KL, Penang Baru Lancar, Apa yang Baharu?

July 14, 2025 By Syafie Leave a Comment

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERMULA hujung Julai 2025, Rapid Bus melancarkan 310 unit bas diesel baharu akan mula beroperasi, yang terdiri daripada 100 unit bas panjang 12 meter dan 210 unit bas mini 8.9 meter bagi menggantikan model lama yang sudah mencapai usia lebih 15 tahun.

Bas baharu itu tampil bukan sekadar dengan wajah baharu, tetapi menawarkan pelbagai pembaharuan teknologi, rekabentuk dan fungsi, terutama kemudahan mesra orang kekurangan upaya (OKU) dan ciri keselamatan tambahan.

Malah, ia langkah permulaan ke arah pengguna bas elektrik sepenuhnya menjelang 2026. Jadi, apa yang baharu dalam bas Rapid KL kali ini? Mari kita lihat satu persatu.

Enjin Diesel Euro5 Mesra Alam

Bas diesel baharu Rapid Bus

Bas baharu itu menggunakan enjin diesel patuh Euro5 yang menghasilkan emisi lebih bersih dan rendah sulfur, selaras inisiatif pengangkutan awam hijau dan rendah karbon.

Rekabentuk Casis Monokok

Bas diesel baharu Rapid Bus

Struktur badan jenis monokok menawarkan ketahanan tinggi dan lebih ringan, sekali gus memberikan prestasi pengendalian lebih baik dan selamat untuk penumpang serta pemandu.

Konsol Pemandu Futuristik

Bas diesel baharu Rapid Bus

Ruang kokpit direka semula dengan rekabentuk ergonomik dan moden, seperti fungsi Brek Parkir Elektrik (EPB) dan panel kawalan lebih mudah akses.

Ruang Pemandu Lebih Privasi

Bas diesel baharu Rapid Bus

Privasi pemandu juga ditambah baik dengan ruang kawalan lebih tertutup dan terlindung daripada gangguan luar menjadikan pengalaman memandu lebih fokus dan profesional.

Kerusi Ergonomik dan Estetik

Bas diesel baharu Rapid Bus

Setiap kerusi direka dengan keselesaan maksimum dan penampilan moden. Terdapat juga tali keledar untuk kerusi tertentu, manakala yang lain dilengkapi hendal depan.

40 Port USB Type-C untuk Penumpang

Bas diesel baharu Rapid Bus

Setiap kerusi dilengkapi dua port pengecas USB Type-C dengan jumlah keseluruhan 40 port yang cukup untuk memastikan semua penumpang kekal terhubung sepanjang perjalanan.

Paparan Skrin Digital Laluan Destinasi

Bas diesel baharu Rapid Bus

Bas baharu itu turut dilengkapi dua skrin paparan digital yang memaparkan laluan bas, hentian semasa dan seterusnya secara masa nyata.

Pagar Tangan dan Palang Keluli Tahan Karat

Bas diesel baharu Rapid Bus

Bagi keselamatan dan kebersihan, semua pagar tangan dan palang penahan dibuat daripada keluli tahan karat untuk tambahan ketahanan selain rupa lebih premium.

Lantai Kalis Api

Bas diesel baharu Rapid Bus

Bas itu juga menggunakan material lantai kalis api bagi meningkatkan keselamatan penumpang jika berlaku kecemasan.

Mesra OKU

Bas diesel baharu Rapid Bus
Bas diesel baharu Rapid Bus

Antara ciri paling menonjol ialah kemudahan mesra OKU meliputi:

  • Pintu kedua dengan platform tambahan untuk kerusi roda
  • Loceng khas dalam dan luar bas bagi membolehkan pemandu membantu penumpang OKU dengan lebih efisien

Pintu Kecemasan di Bumbung

Bas diesel baharu Rapid Bus

Selain pintu kecemasan di sisi, bas juga menyediakan pintu keluar kecemasan di bahagian bumbung sebagai langkah keselamatan tambahan.

Rapid KL Lebih Maju, Lebih Selesa, Lebih Mesra Rakyat

Pembaharuan itu jelas menunjukkan komitmen Rapid Bus dalam memberikan pengalaman pengangkutan awam lebih moden, selesa, selamat dan mesra pengguna.

Ini bukan sekadar naik taraf flit, tetapi lonjakan penting ke arah pengangkutan pintar dan lestari di Malaysia.

Related

14
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Rapid Bus, Rapid KL

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev