• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kenderaan JPJ Potong Garisan Kembar, Saman atau Kawan?

Kenderaan JPJ Potong Garisan Kembar, Saman atau Kawan?

July 10, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Video tular JPJ memotong di garisan kembar
BILA sebut Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), mesti ramai terus fikir "penguatkuasa jalan raya". Tapi bila kenderaan JPJ sendiri kantoi potong di garisan berkembar, mesti ramai persoalkan sama ada saman atau kawan?

Tular di media sosial video 12 saat menunjukkan sebuah kenderaan rasmi JPJ memotong lori di laluan garis kembar di Simpang Pulai, Perak.

Macam JPJ kan....😋😋 pic.twitter.com/U8LQO2QCmm

— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 9, 2025

Aksi itu dilihat membahayakan pengguna jalan raya lain yang jelas mencemarkan imej JPJ sebagai agensi penguat kuasa jalan raya.

JPJ Terus Ambil Tindakan, Tiada Istilah 'Cover' Anggota Sendiri

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, tindakan susulan terhadap anggota terbabit sudah dilaksanakan seperti:

  • Notis saman atas kesalahan lalu lintas
  • Larangan memandu kenderaan jabatan
  • Digantung tugas serta-merta
  • Ditempatkan semula ke jawatan kumpulan di Ibu Pejabat JPJ

Siasatan dalaman juga sedang dijalankan untuk kenal pasti jika ada kesalahan lain." - Datuk Aedy Fadly Ramli, Ketua Pengarah JPJ

Anggota Tidak Terkecuali, Salah Tetap Salah!

JPJ menekankan tidak akan berkompromi, walaupun melibatkan anggota sendiri. Aedy Fadly berkata, setiap pengguna jalan raya, termasuk anggota JPJ tertakluk kepada undang-undang yang sama.

Orang Ramai Digalak Lapor Salah Laku Secara Masa Nyata

JPJ turut menyeru orang awam melaporkan terus sebarang kesalahan trafik menerusi saluran rasmi seperti:

  • Aplikasi MyJPJ
  • E-mel: [email protected]

Pastikan aduan disertakan butiran lengkap seperti nombor pendaftaran, lokasi dan masa kejadian. Jika ada rakaman video lebih baik.

Jangan Main Potong, Walaupun Siapa Pun Anda

Tanpa mengira anda rakyat biasa, selebriti atau anggota JPJ sekalipun, memotong di garisan kembar tetap menjadi satu kesalahan.

SUMBER: SinarHarian

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, garisan berkembar, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Kereta JPJ Potong di Garis Kembar, Kesalahan Jalan Raya, video tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
    #SembangDeras: Lelaki Tak Datang Auto Show Nak Tengok Perempuan!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini
    Kutipan Parkir PBT Selangor Diurus Konsesi Baharu 1 Ogos Ini

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev