• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Chery Tiggo Cross 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM88k

Chery Tiggo Cross 2025 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM88k

July 9, 2025 By Syafie Leave a Comment

FacebookTwitter

Chery Tiggo Cross 2025 lancar di Malaysia

CHERY Malaysia secara rasmi melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) subkompak, Chery Tiggo Cross 2025 yang ditawarkan untuk pasaran tempatan pada harga bermula RM88,800.

Model itu hadir dalam dua varian pilihan, iaitu:

Harga Chery Tiggo Cross 2025 di Malaysia

  • Tiggo Cross 1.5 Turbo (Petrol) - RM88,800
  • Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH (HEV) - RM99,800 (harga asal 102,400)

Saiz Hampir Segmen-B, Lawan Terus Ativa, WR-V

Chery Tiggo Cross 2025 lancar di Malaysia

Dengan dimensi panjang 4,318mm, lebar 1,830mm, dan tinggi 1,670mm manakala jarak roda 2,610mm, Chery Tiggo Cross 2025 bukan saja lebih besar berbanding Perodua Ativa, tetapi lebih lebar daripada Honda HR-V dan Proton X50. Ini menjadikan model itu antara SUV paling besar dalam kelas dengan harga bawah RM100,000.

Model tersebut juga lebih padat dan pendek sedikit berbanding Chery Omoda 5, sekali gus diposisikan sebagai pesaing utama dalam SUV segmen-A premium.

Trenkuasa: Turbo 147ps vs Hibrid 204ps

1.5L Turbo Petrol

  • Enjin 1.5L turbo dengan output kusa 147ps dan tork 210Nm
  • Transmisi dual klac (DCT) 6-kelajuan
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 9.9 saat
  • Penggunaan bahan api 6.3 liter per 100km

1.5L Hybrid CSH

  • Enjin aspirasi natural (NA) 1.5L Kitaran Atkinson dengan dual-motor elektrik
  • Output kuasa gabungan 204ps dan tork 310Nm
  • Transmisi hibrid khas DHT150 (CVT + dual-motor)
  • Bateri litium-besi-fosfalt (LFP) 1.8kWh
  • Pecutan 0-100kmj sepantas 9.6 saat
  • Penggunaan bahan api 5.4 liter per 100km
  • Pemanduan awal dengan motor elektrik hingga 80kmj

Rekaan Dalaman, Infotainmen Taraf Premium

Kedua-dua varian menerima:

  • Skrin kembar 10.25 inci termasuk unit infotainme dan kluster instrumen
  • Kamera panoramik 540°, konektiviti Apple CarPlay dan Android Auto wayarles
  • Enam pembesar suara, lampu ambien, upholsteri kulit sintetik
  • Pengecas wayarles 15W, penyaman udara dwi-zon dengan ventilator belakang
  • Penghidup enjin jarak jauh dan fungsi wiper automatik

Kerusi pemandu boleh laras elektrik 6-tetapan ditawarkan untuk kedua-dua varian, cuma varian HEV ada sokongan lumbar tambahan.

Ciri Keselamatan, ADAS

Chery Tiggo Cross HEV diberikan 7 beg udara, manakala varian 1.5L Turbo, 6 beg udara. Ciri keselamatan asas dilengkapi:

  • Bantuan Mula Daki (HSA)
  • Sistem Pemantau Tekanan Tayar (TPMS)
  • Pengingat Had Laju (SLR)

Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) diberikan sebagai standard untuk kedua-dua varian:

  • Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan Amaran Perlanggaran Depan (FCW)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran/Elak Keluar Lorong (LDP/W)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)

Varian HEV mendapat tambahan:

  • Amaran Buka Pintu (DOW)
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW)
  • Bantuan Tukar Lorong (LDA)
  • Kawalan Jelajah Pintar (ACC) dengan Adaptasi Halaju Pintar (ISA)
  • Brek Trafik Lintas Belakang (RCTB)

Pilihan Warna Eksklusif Ikut Varian

Chery Tiggo Cross 2025 lancar di Malaysia
Chery Tiggo Cross 2025 lancar di Malaysia

Kedua-dua varian ditawarkan dalam warna Carbon Black (hitam), Phantom Grey (kelabu) dan Khaki White (putih):

  • Blood Stone Red (merah): Eksklusif untuk 1.5L Turbo
  • Moonlight Silver (perak): Eksklusif untuk 1.5L HEV

Waranti, Servis Percuma

Semua pembeli Chery Tiggo Cross 2025 akan menerima:

  • Waranti 7 tahun/150,000 km
  • Khidmat trak tunda 24 jam dan tujuh hari seminggu (24/7)
  • Servis percuma 5 tahun

Kepada 2,000 pelanggan terawal, Chery memberikan:

  • Servus percuma tambahan 2 tahun (termasuk caj buruh dan alat ganti)

Pembeli varian hibrid pula menerima tambahan:

  • Waranti sistem hibrid 8 tahun/160,000 km (termasuk bateri, motor dan unit kawalan)

SUV Kompak Penuh Gaya, Berbaloi

Chery Tiggo Cross 2025 menawarkan dimensi lebih besar, prestasi lebih bertenaga, sistem hibrid moden, ciri keselamatan lengkap, serta harga sukar ditandingi. Model ini sesuai buat pembeli SUV pertama yang mahukan sesuatu lebih premium daripada pesaing segmen-A biasa tanpa membayar harga segmen-B sebenar.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Chery Malaysia, Chery Tiggo Cross, Chery Tiggo Cross 2025, Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), SUV segmen-B

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?
    #SembangDeras: RXZ Members Buang Masa, atau Kita Bias?

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev