JENAMA tayar premium dan Jerman, Continental, hari ini melancarkan dua model tayar penjimatan bahan api terbaharu, EcoContact 6 dan EcoContact 6Q.
Direka khas untuk kenderaan petrol, hibrid dan elektrik, kedua-dua tayar itu bukan saja menawarkan jarak pemanduan lebih jauh dan cengkaman mantap, tetapi hadir dengan teknologi pengurangan bunyi terkini untuk pengalaman pemanduan lebih senyap dan selesa.
EcoContact 6: Kecekapan dan Ketahanan
EcoContact 6 direka untuk pemandu yang mencari penjimatan bahan api jangka panjang dengan prestasi harian konsisten. Antara ciri utama:
- Sebatian silika teknologi tinggi untuk rintangan golekan lebih rendah
- Rib asimetri dan sipe tayar khas bagi kestabilan di permukaan basah dan kering
- Membantu mengurangkan pengeluaran karbon dioksida
- Daya tahan lebih lama sesuai untuk perjalanan jarak jauh
EcoContact 6Q: Keselesaan Pemanduan Tanpa Gangguan
Jika anda mengutamakan keselesaan maksimum, EcoContact 6Q adalah pilihan tepat kerana model tayar ini menampilkan:
- Corak bunga khas dan kompaun Advanced Green Chili 2.0
- Pengurangan bunyi melalui rekabentuk tayar yang menyesuaikan diri dengan permukaan jalan
- Rintangan golekan rendah dan penjimatan bahan api
- Kawalan lebih baik ketika menukar lorong dan mengurangkan bunyi bising jalan
ContiSilent™: Pemanduan Lebih Senyap Hingga 9 dB(A)
Kedua-dua model tersebut juga menggunakan teknologi ContiSilent™, iaitu lapisan busa poliuretana khas yang menyerap bunyi dan mengurangkan hingar dalaman hingga 9dB(A). Ini memastikan kabin lebih senyap, terutamaa ketika melalui jalan tidak rata.
Tayar OEM untuk Kenderaan Premium
EcoContact 6 dan 6Q dipercayai jenama global seperti BMW dan Mercedes-Benz sebagai tayar pengilang (OEM) untuk model terpilih yang membuktikan kredibiliti dan tahap kejuruteraan tayar berkenaan dalam memenuhi keperluan prestasi tinggi.
- Kedua-dua tayar ditawarkan dalam pelbagai saiz dari 15 inci hingga 21 inci yang tersedia di:
- Pengedar sah Continental seluruh negara
- Kedai rasmi Continental di Shopee, TNG eWallet dan Lazada
Bagi pemandu di Malaysia, EcoContact 6 dan 6Q direka untuk memberikan keselesaan, kecekapan dan keselamatan dalam setiap perjalanan, sama ada di jalan bandar atau lebuh raya."
- Andrea Somorova, Pengarah Urusan Continental Tyre Malaysia
Maklumat Lanjut, Tempahan
Layari pautan di bawah ini untuk maklumat lanjut:
Leave a Reply