• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #FaktaAtauAuta: Siapa Cakap 'E' Itu ‘Enough’? SALAH!

#FaktaAtauAuta: Siapa Cakap 'E' Itu ‘Enough’? SALAH!

July 9, 2025 By Han Othman Leave a Comment

FacebookTwitter

'E' pada indikator minyak bukan 'Enough', tapi 'Empty'
DALAM dunia automotif, banyak mitos jalanan yang sering disalah anggap sebagai fakta. Salah satunya : huruf E pada meter minyak kononnya bermaksud Enough (Cukup), bukan Empty (Kosong).

Kenyataannya?

Itu tidak benar. E pada meter minyak memang bermaksud Empty, dan fakta tersebut disahkan hampir semua pengeluar kenderaan dan pakar industri.

Asal Usul Simbol E dan F

Meter indikator bahan api

Simbol E (Empty) dan F (Full) adalah piawaian universal yang digunakan dalam industri automotif global sejak berdekad lama. Setiap kali anda menghidupkan kereta, meter bahan api akan menunjukkan aras semasa, dan apabila jarum mencecah E, ia bermaksud 'tangki anda hampir kosong'.

Manual rasmi daripada pengeluar seperti Honda, Toyota, Mazda, Proton, Mercedes-Benz dan sebagainya menyatakan perkara yang sama: E = Empty.

Dalam dokumentasi keselamatan dan pemilik kenderaan daripada Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya Kebangsaaan (NHTSA) dan portal Car and Driver:

'E' means Empty. You're running on reserve fuel, and it's time to refuel immediately."

Walaupun terdapat segelintir individu, termasuk mereka yang bergelar jurutera, mendakwa E itu Enough, tiada sumber teknikal rasmi atau dokumentasi pengeluar yang menyokong dakwaan tersebut.

Masihkah Boleh Jalan Selepas E? Ya, Tapi Jangan Selalu Buat

Meter indikator bahan api
Meter indikator bahan api

Kebanyakan kenderaan direka dengan rizab bahan api (fuel reserve), atau simpanan kecemasan apabila jarum mencecah E. Bagaimanapun, isipadu simpanan itu berbeza mengikut model, ada sekitar 5 liter, dan ada hingga 10 liter.

Inilah sebab anda masih boleh memandu antara 30 dan 80km selepas lampu minyak menyala. Namun perlu diingat, ini hanyalah buffer kecemasan, bukan penanda kenderaan anda 'masih cukup minyak' atau 'cukup untuk 60km' atau sekian-sekian.

Risiko Jika Sering Tunggu Sampai E

Tabiat sengaja membiarkan tangki hampir kosong terlalu kerap boleh menjejaskan beberapa komponen penting:

  • Pam bahan api terpaksa bekerja lebih keras yang boleh mempercepat kehausan atau kerosakan.
  • Kotoran dari dasar tangki boleh disedut, dan berisiko menyebabkan saluran bahan api tersumbat.
  • Kenderaan boleh mati tiba-tiba, terutama di kawasan berbukit atau jauh dari stesen minyak.

Apa Amalan Terbaik?

Meter indikator bahan api
Meter indikator bahan api
  • Isi semula minyak apabila jarum mula mencecah suku tangki terakhir.
  • Elakkan tunggu lampu minyak menyala, kecuali kecemasan.
  • Sentiasa pastikan tangki bahan api berada dalam keadaan sekurang-kurangnya separuh penuh jika memandu jarak jauh atau ke lokasi luar bandar.

Kesimpulannya, E tetap bermaksud 'Empty', bukan 'Enough'. Walaupun ada buffer, itu bukan alasan menangguh isi minyak. Selain menjaga komponen enjin dan sistem bahan api, anda juga dapat mengelak risiko kereta terhenti di tengah jalan.

Jadi lain kali bila tengok jarum minyak dah dekat E, jangan ambil mudah. Itu bukan cukup, tapi sebenarnya hampir habis.

Jika anda pernah percaya E itu Enough, jangan risau, anda tidak sendirian. Sekarang sudah tahukan, jadi kongsi artikel ini dengan rakan-rakan.

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: E ialah Empy, Fakta atau Auta, Indikator E pada Meter Minyak, Simbol Bahan Api, tahukah anda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev